Osmena Peak-Kawasan Falls

Mabuhay!

Awal pagi, kami dah bangun bersiap-siap nak check out. NH dah beli pisang kat pasar semalam. Turun bawah, dah boleh sediakan kopi sendiri. Free breakfast. Malonzo bagi kami kopi atau tea. Roti sekali. Kami makan tu jela. 

Aku dah arrange car rental with a driver sesiap dari Island Trek Tours. Kena caj 5%. Harga untuk kali ni, P4,920. Sebelum tu, bagitau kat pihak Island Trek Tours ni, ke mana kita nak p. Depa akan caj kalau over than 8 hours. 

Jam 9 pagi, kami dah gerak ke Osmena Peak. Amik masa sejam lebih untuk sampai. Driver kami, Armend. Ramah-tamah. So, boleh tanya macam-macam kalau observed kat mana-mana. English pun bagus. Kami pakai baju mendaki sesiap. Sebab aktiviti hari ni agak mencabar.

Jam 10.30 pagi, kami sampai ke Osmena Peak. Walawweeehhhh! Macam menarik tertarik kau memang the bomb la scenery diaa....! MasyaAllah! Armend hantar sampai kaki bukit. Macam-macam penduduk kg jual. Ramai bebudak jela yang berniaga. Hati-hati dengan anjing kat sana. 

Korang kena bayar Entrance fee: P30/person, and wajib amik tour guide untuk tourist. P150 ja. Nnt ada petugas yang merangkap jurugambar kami kat sana. Cindy nama tukang yang bawak kami ke atas tu. Anak dia baru 9 bulan. Mak aiii... Cergas!

Baju merah tu, guide kami ke Osmena Peak.
Bajet macam Broga Hill je. Tapi lebih tinggi dan sejuk. Sampai puncak, dekat dengan matahari. Panas gak! Nasib tak baik, kabus tebal menyeliputi kawasan ni. Alhamdulillah, nasib kami agak baik.
Pose-pose manja kat tebing. Atas risiko sendiri ya?
Trek.
  Tinggi gak batu batan ni. Pun atas risiko sendiri. 
Lupa bawak bendera laa... 

 Bunga lalang eh?
Tengkiu Zai untuk kudap-kudap ni.


Kami tak berlama-lama kat atas ni, sebab next station, mencabar fizikal dan mental. Memula tak plan pun nak buat canyoneering! Tapi, dah alang-alang sampai kan? Takkan la setakat nak nganga ja waktu kat Kawasan Falls kan? 

Sudahnya, kami sepakat buat je aktiviti ni. Pakej canyoneering ni siap insurans dan lunch sekali. P1,000/person. Siap free bamboo rafting. Memula dok rasa tak serius pun setakat jalan-jalan dalam hutan menyelusuri kawasan air terjun. Rupanya telahan aku salah! Patut la kami diberi 2 orang guide. Jonathan dan Albert. Student lagi depa ni. Maybe buat part time. Depa dah sedia tali dan sling bag kalis air. Kami diwajibkan pakai kasut renang. Kalau tak bawak pun takpe, kat sana depa dah sedia. Pilih size kaki korang je. Make sure ketat. Sebab dalam air kang, longgar. 

Kami naik habal-habal ke kawasan check point. Habal-habal tu dah masuk pakej. Best gak naik motor bertiga. Aku, NH dan brader bawak motor tu. Kat tempat orang, tak rasa malu tu. 

Kami kena berjalan 1km ke kawasan air terjun. Life jacket dan topi keselamatan dah ketat. Ok, seriously? First sampai dah kena lompat 4m? Albert buat demo dulu. Then barulah kami bertiga. Setel kami bertiga terjun, barulah Jonathan terjun pulak.
 Air terjun ni, dalam!
 Ramai jugak orang buat aktiviti ni.
 Ni dari 4m terjunan.
 Berenang ikut arus je.
 Yg hujung tu, terjunan 12m. Paling tinggi, 20m. Aku teringin nak buat 12m tu. Tapi dah sampai ke bawah, so malas la nak patah balik.
 4 jam jugak kami dengan aktiviti ni. Penat gila. Perut pun lapar. Asyik naik terjun ja!
 Kami standby atas bamboo rafting nak langgar air terjun tu.
 Tebing yang paling gerun, 8m. Sebab dekat sangat dengan tebing yg belah sana. Gambar tebing 8m Jonathan tak snap pulak. Sebab dia pegang GoPro NH dan Sony act cam aku.
Lunch kat sini. 
Air tenang bila dah sampai ke bawah. Kalau tanak buat aktiviti, boleh je setakat mandi kat bawah ni. Berkhelah pun boleh. Nak menginap pun ada chalet.

Kalau ada peluang ke Cebu lagi, memang nak repeat ke Kawasan Falls ni. Cuba la sesuatu yang baru bila kat tempat orang. 
 Air terjun tadi, terus mengalir ke pantai. Ni port kami sampai. Nak pulangkan kasut, live jacket dan topi. Armend pun tunggu sini je dari tadi
 Hari dah nak malam. Kalau tunggu lama sket boleh snap sunset. Tapi kami nak terus balik ke Cebu.
Tinggal kenangan.

Kami sampai Cebu jam 8.30 malam. Memasing dah penat. FR ralit sembang dengan Armend je dari petang tadi. NH confirm la lena. Sampai bandar Cebu, jem teruk. Aduh! 

Kami check in di Sampaguita Suites Plaza Garcia. Kat sini dekat dengan Fort San Pedro, Plaza Indepencia, Magellan Cross, Basilica St. Nino Church dan Carbon Market Cebu. Walking distance la. Paling utama, tak jauh dengan terminal feri!

What's next? 

Comments

Popular Posts