Oslob: Main dengan anak ikan!

Awal pagi, kami dah check out. Semalam, dah beli roti dari 7-E kat bawah hostel kami tu. Abg driver dah tunggu kami kat depan hostel. Jam 4.30 pagi. Dalam kete, sambung lena. Kengkonon nak snappy sepanjang perjalanan tu. Oleh sebab letih terlampau, dah dekat sampai Oslob, baru terjaga! Kami bajet nak sampai jam 8 pagi kat Oslob Whale Shark Watching tu. Sebelum tu, nak check in atau letak barang kat Malonzo Pension House dulu. 

Kami sampai kat Malonzo jam 7.30 pagi. Jarak antara Cebu ke Oslob, dalam 130km je. Tapi sebab depa takleh bawak laju, cecah 3 jam setengah jugak nak sampai. Kami tak boleh check in lagi. So, dah mintak kebenaran kat tuan rumah nak tumpang letak beg. Dia ok ja. Then, abg driver bawak kami terus ke  Oslob Whale Shark Watching. 

Kena bayar entrance fee: P50/person. Kalau nak berenang dengan Whale Shark, kena bayar P1,500/person. 
Masa kami sampai, kena ikut giliran.
Dekat je dengan darat. Tapiii...
Tadaaa! Ni la anak ikan tu! Boat man kata, kalau mak dia.. mau sebeso bas!
Whale Shark makan ikan.
Terluka dah dia... sapa yang kejam ni?
 Swimming with whale shark.
Pandangan bawah boat.


Sesapa yang berani, boleh berenang ngan depa ni. Jangan pegang dia dah la. Kami diberi masa 30 minit ja. Tapi, macam lebih 30 min? Sampai boring atas boat tu nak layan Whale Shark ni. Sunblock pun takleh pakai. Contaminate kat haiwan terancam ni. Maybe mak dia pesan, kalau pepagi lapar boleh p dekat dengan daratan ni. Kang, manusia bagi kau makan. Hehehehe! 



Then, kami ke Tumalog Falls. Kena bayar P50/person untuk merempit masuk ke dalam kawasan air terjun tu. Oleh sebab kami malas nak menghayati alam, naik motor jela. Sebelum turun nanti, ingat la no motor sesiap. Nanti kita nak balik, depa mai turun amik. Malang sekali, aku tak amik banyak gambar masa dalam ni. GoPro NH pun dipandang sepi. Kami bertiga sibuk main ayaq kat sini. Sejuk, nyaman! Maybe sebab dah lama tak mandi kat air terjun kot? 
 Tumalog Falls. Biru jernih air dia.
Gemersik bunyi air terjun ni.

Plan selepas  Oslob Whale Shark Watching, nak ke Sumilon Island. Oleh sebab kami dah tanya kat local situ, langsung dia bagi kami pakej. Tak fikir panjang, terus proceed P2,000/boat. Kami charter terus untuk 3 orang. Sebelum tu, dia bawak kami ke Tumalog Falls dulu, then baru ke Sumilon Island.

FR tak mandi pun masa kat Sumilon. Dia sibuk usha sekitar and snappy je. Jaga barang-barang aku ngan NH sebenarnya. Hehehe! 
Ombak kuat. Air pun jernih macam kat Tumalog tadi.
 Skodeng dari atas.

Kami kat sini lebih kurang 2 jam. Pastu dah balik ke darat. Perut pun dah lapar. Dari awal subuh, kami pakai baju mandi sesiap. Malas la nak pakai baju elok-elok. Dah namapun ke pulau kan? 

Kami naik habal-habal je ke Malonzo. Baju pun sempat kering. Terus check in, mandi and membasuh. Kat sini, tak boleh basuh baju dalam bilik mandi bilik. Ada tempat membasuh kat bawah dekat dengan garaj. So, FR ngan NH dok sibuk mendobi jela sebelum turn depa mandi. Aku pulak siapkan bekalan dari Malaysia masak sardin and beli nasi dari kedai depan sebelum sampai Malonzo. 

Petang, kami jalan-jalan ke depan jalan besar. Ada pasar malam kat situ. FR plan nak cari bawang and cili padi. Terasa la sket pedas sardin nanti. Sebelum tu, kami ke kawasan perumahan depan Malonzo tu. 
 Malonzo Pension House. Bilik kami atas, belah kiri.
 Kawasan penduduk kampung. Jalan kat tepi rumah depa untuk ke pantai.
 Rilex je bebudak ni mandi kat situ. Air kat sini jernih, tapi banyak sampah kat area pantai.


Selain tu, ada church (The Ruins of Oslob) and kawasan kubu lama untuk korang teroka. Jalan sket je dari Malonzo. Dalam 10 minit. Kami tak sempat pergi, hujan! Lepas makan, lepak je kat bawah tempat makan, sebelum memasing naik tido. 

Esok, hari yang mencabar untuk kami sedang menanti.

Comments

Popular Posts