Cafe Raja Cendol Taming Sari Putrajaya

Chaaak?
Kering tekak di remang-remang akhir menuju Zulkaedah minggu depan? Korang dah habis Puasa 6 ke belum? Haa... kalau nak berbuka atau chill with friends or familia, jom menyendol! Jangan menyondol orang pulak naa... 

Lepas ziarah rumah Chu kat Semenyih sebab anak bujang dia accident, then aku nak hantar laksa bersarang kat AB. Langsung dia ajak makan Cendol kat Putrajaya ni. Tipikal me, cendol nak yang biasa ja. Tamau yang letak aneh-aneh dalam tu. Hilang lazatnya nanti! Oh no! Situ ada cendol durian! I can't even smell pun? Adeehh! Tetibe dari Banjarian bertukar jadi orang European! =p

Let's try Cendol Taming Sari di Ayer@8 Precinct 8 ni! Yang spesis durian apa semua, korang gugel sendiri la ya? Brother sebelah makan cendol Musang King, nampak seketul durian yang kuning hensem lagi lazat. Refer to muka MF la.. Sebab dia hanya mampu tengok! Kang dia order, aku kena nikmati cendol aku dalam kete la jawabnya sebab takleh bau durian!

Harga Cendol Musang King dah turun ke? 
Selain cendol

Aku tak boleh nak snappy around dalam kedai lama-lama sebab bau durian menusuk sukmaku! Ohh nommm! MF and AB said, kalau setakat nak snap dalam kedai, depa pun boleh tolong! Ciss! Penat aku bersusah payah!  Btw, kedai bersih dan selesa, cuma bezanya PKPP ni kena jaga jarak among us. Kerusi meja pun dikurangkan, nak lepak ramai pun kena berpisah/berpecah. What to do?
New norm kan? Just follow the SOP je ye? #Kitajagakita
AB amik biji kopi dari dalam kedai sebab aku tak tahan bau doyan!
Ni gambarajah cendol biasa

So far, cendol sedap sebab texture cendol tak seperti cendol bawah pokok Ceri yang aku dok santap kecik-kecik dulu. Korang try sendiri la ya? Memang original dari Melaka. Wah-wah.. Promote kaw-kaw ni! Maybe rasa cendol doyan Musang King tu... rasa syurga kot? Sebab tu mahal? Korang test sendiri la eh? Lidah memasing.


Bungkus lagi 4 untuk family Chu kat rumah. Tadi depa dengar je aku cakap nak menyendol, muka teringin tu ada di wajah. Hahaha! Thanks AB untuk semua ni! Nanti aku pow lagi ehh? Nasi Lemak Royale Kedah is soon! Yeeeyyy!

Bagi yang tak pasti macam aku ni, area Ayer 8 (Precinct 8 Putrajaya) ni banyak lagi pot makan yang best. Salah satunya, Serabei (Makanan Pantai Timur) and Nasi Lemak Royale Kedah. Aku nampak dari kejauhan macam menarik je? Ada Tealive, Paparich, kedai Tomyam, and kalau ada yang nak bersalin kat Hospital Azalea Putrajaya, memang tak bosan la nak menunggu kelahiran! Kikikiki!

More to go!

Comments

Popular Posts