Langkawi with Roro (Roll on- Roll off)

Hello Zulkaedah?
Selamat tinggal Syawal!

Di bulan baru ni, aku habiskan sisa Syawal balik kampung! Tunggu lagi? Dari Khamis ke Selasa! Puas hati aku mencekik je sepanjang dok rumah! Ehh... rumah la sangat? Of course not! Hahahaha! Parent aku, dah 3 bulan tak keluar... So, aku offered ke Penang ja. Tapi dia lebih berat ke Langkawi... Apa? Langkawi lagi? Okay, atas sebab ayah aku pun susah nak ON, so aku approved jela. Terus cari tiket RORO. Aku dah kupas issue RoRo sebelum ni. Tapi, Melayu mudah lupa. Jadi, aku cerita sekali lagi camana nak booking kapal pengangkut manusia dan kenderaan ni.

Mula-mula, sila click https://ticket.langkawiroro.com/ Makanya, korang isi la apa benda yang dia minta. Kami terus ke Terminal Kuala Perlis. Kaunter RORO kecik je. Dekat dengan parking masjid.

Ikut jenis kereta, kena upload geran kereta tu kat website depa tu. Jumlah penumpang tak termasuk infant (bawah 2 tahun) dan warga emas, boleh bayar kat kaunter. Macam parent aku. Just bagi IC je kat kaunter tu nanti. 
Separuh harga

Pastikan korang dah berada di perkarangan Roro satu jam sebelum berlepas. Sebab depa nak adjust kereta dalam kapal tu pulak. 




Bila dah sampai di Terminal Tanjung Lembong, Langkawi
Kastam check point

Level 2, Roro



Level 3, layan view






Tangga curam
Layan OOTD sampai muntah


Better naik ikut tangga ni ke atas

Sebelum balik ke Kuala Perlis dari Tanjung Lembong, kena singgah kaunter untuk pengesahan geran dan tiket. Nanti security check point kat pintu masuk akan guide korang kalau masih tak clear. Nak ke toilet ke hape, boleh lepaskan hajat sebelum melepasi kastam. Kastam akan check kereta kita luar dalam. Kalau bernasib baik macam kami, dia random checked je. Takde details sangat.

Apapun, musim Covid ni, better naik Roro sebab ternyata kereta sendiri dan ada gap. Tak perlu nak bersusah payah unload n load barang-barang belian naik feri atau flight.

Terserah anda.

Comments

Popular Posts