KL Service Apartment @ Times Square, Jalan Imbi

Dirgahayu Tuanku!

Bersempena Cuti Agong drag sampai Isnin, then aku bawak MF check in kat KL Service Apartment @ Times Square pulak minggu ni. PKPB pun dah berubah jadi PKPP (Pemulihan), makanya aku menyeru diri sendiri untuk mempergiatkan lagi usaha nak merayap within Malaysia! Yeeeyyy!

***Apalah guna cuti berlambak tapi takle guna?
Macam biasa, aku jadi blur nak snappy bangunan. Dari dah sampai, hinggalah amik kunci dari wakil owner rumah kediaman kat Times Square ni. Berbeza dengan hotel Berjaya Times Square, kita direct dengan owner/agent bila nak check in. Aku usha under Agoda.com, 1 malam, RM124.25 tak termasuk parking dan service charges. MF kena bayar deposit RM100 dan RM21 service charge kat agent. Nanti nak check out, dia akan pulangkan RM100. Maximum parking sehari RM12. Waktu kami masuk dah jam 2 petang 7/6 and check out 8/6 jam 10.30 pagi, parking charged us RM21.
Guna access card & naik level 34

Aku dengan adik MF dah ada agenda lain. Lepas check in, kami nak ke Pavilion. Dia nak cari kasut. Sambil tu aku nak sambung shopping apa yang kurang (walhal nak boros lagi) Huhuhuhu! Kami check in 4 dewasa, 3 orang kanak-kanak. Dengan anak buah, aku angkut! Hahahaha!


Extra bed

Bilik utama


Kitchen
Bilik air kedua
Bilik kedua

Dari BTS ke Pavi, naik Grab RM5. Aku malas nak drive kereta. Kang nak hadap jem lagi, cari parking lagi. Renyah! Aku repeat Nasi Lemak Wanjo malam tu. Dari BTS ke Kampung Baharu naik Grab Plus, RM18. Tapi sebab social distancing kan, kami tak boleh angkut semua. Kena order 2 buah Grab jugak. So, RM9/kereta. Malam ni, kereta lain macam meriahnya. Maybe sebab dah boleh rentas negeri, then kami pun mula bergembira. 
Berbaloi untuk keluarga ramai nak berlibur. Simple but nice. Oleh sebab kami tak dibenarkan guna any facilities kat sini, bath tub jela jadi pilihan bebudak ni. All out berkubang! Semoga bermanfaat hari-hari indah kami sebelum Covid nyah selamanya dari Bumi. Ameeeeen!
Sunset tak happy arini?


Jam 3 pagi di Segitiga Emas KL

Comments

Popular Posts