Aroma Ikan Bakar, Jeram

Plan makan di Aroma Ikan Bakar Jeram ni dah lama. Bezanya ramai dengan tak je. Hujan mengiringi perjalanan kami ke Kuala Selangor sebab esok kami plan nak ke Sky Mirror tu. Takziah kepada semua mangsa banjir. Yang kami dapat bantu, hanya doa buat kalian yang terjejas. Semoga dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah, ameen!












Memula korang plan siapa nak amik no, siapa nak usha lauk? Datang kat depan hanya 2 orang je. Kalau korang melebihi dari jumlah 2 orang, yang lelain terus gerak ke meja selepas crew bagi korang no meja dan tempat. Macam kami dapat Jeti 6. Aku terus ke Jeti 6 bahagian depan restoran. Yang lagi 2 orang, pilih lauk dan plan menu nak masakan apa.








So far, masakan kat sini sedap dimakan. Plus, murah dan berbaloi untuk bawa family dan gathering. Untuk makanan kami petang ni, RM125 termasuk air! Ada ikan siakap, bawal, sotong, udang dan sayur. Air asam dan sambal kicap pun sedap. Patutlah selalu ramai orang. Cuma, restoran harus maintain disapu and maintain bersih  sebab banyak pasir dan laluan basah. Maybe cuaca sekarang selalu hujan jadi penyebab jugak.

Apapun, enjoy the food and view guys!
Stay safe!

Comments

Popular Posts