Muzium Sungai Lembing, Jambatan Gantung Kolong Pahat

Hi guys? Ada apa di Sungai Lembing? Kalau korang peminat sejarah dan pendaki tegar, boleh datang ke Sungai Lembing! Selain dari hiking, korang boleh buat aktiviti ke Air Terjun Pelangi. Itu kena ambil pakej. Korang boleh google nanti k? Kami datang sini sebab dari Kuantan, dah buntu mana nak pergi. Laluan balik ke KL, then kami singgah nak tengok apa ada kat Sungai Lembing ni. 

Let's recall our sejarah pasal lombong bijih timah guys at Muzium Sungai Lembing.




























Bayaran masuk untuk dewasa, RM2 dan kanak-kanak bawah 6-12 tahun hanya RM1. Waktu subjek Geografi Tingkatan 3 dulu, aku ingat kena lukis kapal bijih timah ni. Tak reti lukis, aku tekap guna kertas kajang! Huhuhuhu! 



Oleh sebab masa lawatan ke muzium hanya 30 minit per group, so kami dah blur mana nak pergi? Then aku google apa yang menarik selain waterfall kat Sungai Lembing ni. Eehhh? Ada jambatan gantung! Canteeekkk! Let's explore guys! Jambatan Gantung Kolong Pahat!









Kat seberang sungai tu ada perkampungan cina. Selain tu, ada kilang buat mi and jual kicap. Ramai chinese je yang keluar masuk kat sini. Aku nak snap gambar dengan jambatan gantung ni pun, takleh nak berlama-lama sangat sebab jambatan ni berhayun. Scary guwa! Kang jatuh handphone, niaya je! Kapasiti orang nak lalu jambatan ni tak ditulis, maknanya berat melebihi 1 tan pun steady kot? Cuma bila ramai orang jambatan ni berhayun kuat. Hati-hati kalau yang bawak budak kecik. Then, kami ke Gua Charas. Okay! Tu temple hindu! kami just masuk parking then patah balik je! Baru plan nak snap gambar gua. 
Adeeeh!

Comments

Popular Posts