Bidaisari Resort, Janda Baik
Desiran air sungai mengalir tenang tatkala awan petang mula bertukar gelap. Yeeehaaaa! Kita kembali lagi ke Janda Baik, Pahang Darul Makmur! Sejak dah kenal Janda Baik dengan lebih rapat ni, setiap minggu datang sini selain naik untuk makan! When KL is mainstream, then the other place is good enough nak dicuba!
Kebetulan, kami nak main ATV Ahad, terjumpa website Bidaisari Resort nampak menarik, lalu aku sengaja pilih tarikh yang aku nak, pastu try book! Ehhh! Ada 1 bilik kosong! Huwaaaaaa! Ini sudah bagus! Booked! The staff msg me by whatsapp untuk bayar 50% deposit lock bilik.
The buggy was ready! Kalau korang nak makan kat cafe untuk dinner atau add on apa-apa, just order je, nanti sebelum check out, bayar kat receptionist. Easy kan? Oleh sebab pagi esok kami dah book ATV 450L untuk 2 buah, kami dah bajet masa sebelum check out esok sempat nak balik bilik mandi apa semua dulu.
Bilik sangat cute untuk 2 orang. Malam memang sejuk dan fresh! Calm and bunyi deruan air sungai tu sangat mendamaikan! Jam 8.30 malam, kami dah tidur! Lepas solat Asar tadi, kami terus siap-siap ke sungai, mandi kolam! Brrrr!
Dah penat main air sungai, plan nak menyelusuri sungai sampai ke atas, tapi takde kekuatan pulak sebab banyak nyamuk! Patah balik, perut dah lapar. Plan nak makan luar dari resort, tapi jangan risau, pihak resort ada sediakan BBQ dan ala carte untuk penginap.
Guys! Nescafe ni memang sedap! For me, rasa blend with nescafe and susu! Aku repeat sampai 2 kali ni! Hahahaha! MF yang tak minum nescafe pun ordered! Tahniah kat tukang bancuh sebab aku songeh sket bab rasa nescafe and kopi ni. Makanan pun sedap belaka. Maybe sebab kami pun dah penat, buat aktiviti renang and zipline. Makanan semua habis kami sebat! Alhamdulillah! Berbaloi! Harga makanan bayar during check out, just bagitau no bilik je.
Comments
Post a Comment