FJ ATV Bidaisari, Janda Baik

Hai korang? Harap korang sihat walafiat selalu! Make this short, kami booked ATV dari FJ ATV Bidaisari by whatsapp! Then, she replied and confirm the date and time. Memula Ad and Teh nak join the activity, suddenly cancel sebab ada hal tak dapat nak elak. Dari 1130 pagi kami dealed, then aku tukar ke 8.30pagi. 

Oleh sebab trip kami ni berempat je pepagi, then kena tambah extra untuk bayar guide, RM50. Untuk harga 4x4 450L, RM250 boleh muat 2 dewasa atau 2 kanak-kanak and 625L, RM380 boleh muat 2 dewasa dan sorang kanak-kanak. So, terserah korang nak yang mana? Kami amik 450L ja untuk sejam setengah pepagi ni. Kalau ada aral melintang kat tengah hutan tu, drag lagi la masa korang! Huhuhu!











Isi borang dulu sebelum mulakan perjalanan anda okay? Taklimat akan diberikan oleh instructor korang merangkap jurugambar dan video anda! Nasib la kalau dapat instructor yang main aci snap ja? Video kami senget benget! Hahahah! Jadi le... dari langsung takde. By the way, boleh je nak bawak action camera or handphone memasing. Cuma pandai la korang selit sementara nak tunggu orang depan settle mengharungi onak di depan! 













Oleh sebab slot kami yang 1st, then ATV kami masih berselut and belum dibasuh. Tengah hutan tadi, memang terpercik selut sampai badan! Nasib la tak ke muka! Hahaha! Hilang keayuan camni! =p Ngam sejam setengah, urusan ATV kami selesai dengan jayanya. Good luck kat orang selepas kami! Sebab kami dah buat jalan masuk tadi lebih mendap ke dalam! Heheheh! 

Jangan lupa bawak baju spare! Have fun! 

Comments

Popular Posts