4 Islands Tour @ Krabi

Oleh sebab hotel kami paling dekat dengan pier ke 4 Islands tour, maka, kami berdua kena sidai hampir sejam setengah! Kak Nee cakap tunggu jam 8.30-9 pagi, kami dah ready jam 8 pagi dah kot pemandu datang ngam jam 8.30! Ciss! Baik kami mandi kolam dulu sejukkan badan tadi! Huhuhu! Cuaca di Ao Nang menginjak panas. Minggu lepas aku checked accuweather, 41 darjah Celsius, tapi dah turun ke 36 darjah Celsius hari ni. Alhamdulillah! Lepas kami buat aktiviti, hujan mencurah ke bumi waktu dah sampai ke daratan.

Bayaran 4 islands tour ni, Kak Nee ambil 1000 B/person. Termasuk makan, transport pergi dan balik. 200 Baht/person tak termasuk dalam pakej untuk bayaran National Park entrance fees.








Aku dah cakap dengan SN tamau naik long tail! Cis! Patut la pakej murah! Naik bot kayu! Hahahah! Maka, kena cop tempat duduk yang tak hangat la jawabnya! Aku dah telan ubat mabuk dengan sunscreen pil yang beli kat Klinik Hana hari tu.
Ayuhlah kita ke laut! Berbondonglah kami dengan pelancong dari India dan negara manantah 3 orang anak beranak dari Europe tu. Pelancong Malaysia dah berkurang sebab masing-masing nak sambut Ramadan! Kami je menyempat lagi datang di hujung Sya'ban ini. Ya Allah, ampunkan hambaMu yang lemah ini! 







Aku sempat daki 80m pastu turun sebab jalan ke atas berlumpur. Tak berani nak buat-buat berani! Huhuhu!




Kami diberi masa sejam di Railay ni. Korang nak buat apa-apa aktiviti, ensure on time balik ke boat. Kalau tak, during nak naik boat tu muka orang seboat ngan kita dah memandang tengok kita yang lewat tu! Untuk pulau kedua, kami singgah di Tub Island. Sempat la kami berenang dan snappy around. Air pun tenang dan cantik. Cuma ramai orang jela.





Kualiti gambar nampak tak empuk sebab letak dalam sarung waterproof. Jatuh handphone dalam air, berlinang air mata oiiii! Dah la benda susah dapat! Uhuks! Perut dah lapar, nak beli makanan pun ada kat pulau ni, tapi ikut kata SN, jangan membazir, sabar.. kejap lagi makan! So aku pesan kat perut camtu. Kejap lagi kita makan ye baby? =p

Laa...ingatkan terus ke Poda Island untuk makan, rupanya singgah 40 minit kat Chicken Island untuk snorkel pulak! Aiseh! Kalau korang hilangkan alatan snorkel, kena bayar extra 1000Baht. Aku hanya nak menikmati air laut je. So, berenang je sepuasnya! Kedalaman dalam 3 meter. 







30B untuk Nescafe panas
Poda Island adalah pulau terakhir yang kami tuju. Kenapa tak ambil Phi-Phi island? Sebab aku dah pergi dulu, so nak try something new. Tapi kot manapun, Phi-phi Island package lagi best for me. Aku lupa yang kami pernah buat aktiviti 4 Islands tour ni 6 tahun lepas! Phi-phi Island past 10 years! Takpelah, lain kali boleh datang lagi! 
Tak sabar nak p massage! Jom balik!

Comments

Popular Posts