KaNabNam View Seafood Restaurant & Fish Farm, Krabi

 

Aku terjumpa kedai makan ni waktu tengok reels kat instagram, terus bagitau SN mintak tanyakan Kak Nee, possible tak kami nak ke sana? Kak Nee jawab, beres! Boleh je masukkan ke dalam slot hari ni lepas kami buat aktiviti kayak di Khlong Rut. Usai check out, kami dah hire private car termasuk hantar kami ke Chao Fah Pier, Krabi dari Ao Nang. Termasuk bot ke Kanabnam View Seafood Restaurant & Fish Farm ni, Kak Nee charged us kereta with driver & boat transfer. Bayaran extra 100B/boat sebab kami nak lalu kat kawasan paya bakau. Mujur awal! Kalau tak, air dah surut! 







Kak Nee & SN





Okay... dah sampai! Perkampung kecil ni hanya memerlukan pengangkutan air. Kalau korang tak ambil pakej pun, boleh je ke Chao Fah Pier, nanti akan ada boatman approached korang. Kalau nak makan selain dari restoran yang kami tried ni pun, boleh je. Tapi, rasa makanan, tak sure sedap ke tak. Yang kami cuba ni, memang sedap!

















Surau dan tandas disediakan. Kami habiskan masa selama 2 jam kat restoran terapung ni. Selain korang boleh pilih ikan di sangkar, korang boleh pilih udang dan ketam yang ada di kolam atas. Aku tak nampak udang lipan tadi... aduhhh! Memang dah lama nak makan! Belum rezeki!









Sayur ni memang recommended




Kengsum ikan kerapu



Manja dengan Kak Nee... biar dia je perisi siput tu! 



Comments

Popular Posts