Red Ginger Chic Resort by Tolani Hotels, Ao Nang, Krabi
Kami touchdown jam 5.30 petang camtu sebab ambil flight petang dari KLIA2. Sampai je memang dah Maghrib. SN dah arranged dengan Kak Nee, airport transfer pergi dan balik pun dalam 800B/car. Sampai je kat Krabi Airport, kami naik kereta ke Ao Nang. Peak hour ni dalam sejam baru sampai hotel di Ao Nang.
Esoknya, kami sarapan di hotel (inc breakfast). 3 kali jugak aku tanya kat crew, moo dai na kha? (ada babi tak?) dia jawab takde. So, kami berpegang dengan kata-kata tu. Day 1 kami island hopping, balik island hopping, kami mandi kolam, pastu baru mandi dalam bilik.
Lokasi hotel just walking distance ke Ao Nang night market, pusat massage dan kedai makan. Pub and restaurants pun banyak kat sini. Belum masuk kedai jual canabis lagi! Tuk-tuk pun mudah nak dapat kat sini. Kami pilih naik skuter je dengan kak Nee. Naik la bertiga. Kat Malaysia tak mampu nak buat, maka kami berasak-asak tunggang bertiga kat perantauan! Heheheh! Sewa motor dalam range 300B/day. Sebab dengan Kak Nee, dia offer kami 250B/day. Nak ke pier untuk aktiviti laut pun dekat.
Comments
Post a Comment