Anjung Hijau Lin Swandee, Sg. Merab

Bibit akhir bulan Syaban kali ni, all out nak makan je kejenyeh! Balas dendam sebelum datangnya bulan Ramadhan yang penuh dengan kenikmatan! Ewaaaaahhh! Plan dalam diri nak kekal berbuka kat rumah kalau diizinkan. Harapnya begitu! Tau-tau ada je lagi tempat makan di bulan mulia kelak? Huhuhu! Ikut situasi jugak. 

Restoran ni aku tau dari instagram laa... Waktu kami sampai, memang tak ramai orang sebab kedai ni dibuka dari sarapan ke lunch. Tapi makanan lunch sama je dengan sarapan pagi. Ada lempeng, ubi kayu rebus, laksa, roti bakar, nasi lemak. Haa... lontong pun ada! Restoran ditutup pada hari Khamis kecuali cuti umum jatuh pada hari Khamis. Tak mungkin la raya pun diaorang nak buka kan? =p











Parking di bahagian atas, amat terhad! Kedai ni tak amalkan konsep beratur. Which is kita kena datang ke meja mana yang kosong. Adeh! Mujur kami datang bukan waktu puncak! Mostly government servant yang datang kat sini. According to the owner la. Sebelum ni, dia buka di Bandar Baru Bangi. Tapi tempat terhad. So, dia buka kat Sg. Merab ni. Specialty kedai ni, of course la lempeng dan rendang! Tapi aku tak tau rendang famous bila dah order nasi lemak sambal kerang! Pedas dan sedap! Lempeng gula melaka pun mengimbau nostalgia arwah tok masak! Huhuks!





Bila owner dah cakap rendang diaorang dikenali, nanti aku nak mintak MF orderkan rendang frozen kat FB diaorang! During bulan puasa, kena booking meja la jawabnya. Lempeng makan panas-panas, memang nikmat di hari yang panas terik ni! Berpoloh den! Aku bungkus asam laksa. Pun pedas jugak! Cuma, bukan pure Penang la. Bagi aku rasa biasa ja. Soto and lontong belum try. Later boleh datang lagi! =)

Comments

Popular Posts