Aerotel, KLIA2
Bosan asyik stay at Tune Hotel setiap kali ada flight pagi, kali ni nak try pulak Aerotel at Level 2M, Terminal KLIA2. Mudah je nak cari hotel sebab dekat dengan balai perlepasan. Yang tak best pasal hotel ni, bising! Tengah malam, dengar orang bertukang, gelak-gelak kat corridor dan beg roda keluar masuk. Yerlah, quite pricey (for me) tapi bising susah nak lena dengan nyenyak, berbanding harga di Tune Hotel (kena jalan kaki dalam 650m ke balai perlepasan). Ada pilihan nak check in 3, 6 atau 12 jam. Harga memang berbeza.
Kami checked in jam 9.00 malam, esoknya check out 9.00 pagi sebab aku booked 12 jam. Flight aku jam 9.20 pagi, boarding time jam 8.50 pagi.
Comments
Post a Comment