Intercontinental Hotel, Singapore (Middle Road)
Lepas makan di Ginger @ Park Royal on Beach Road, kami naik Grab ke Intercontinental Hotel (dekat dengan Bugis Street). Kalau nak berjalan kaki dari Haji Lane, Besuroh St, dalam 800m je. Tapi beg kami berat (padahal datang Sg tak sampai 48jam pun) ceh! Mengada angkut baju macam nak tinggal seminggu! Huh! Hotel kali ni adalah kejutan untuk my favorite cousin! Sila hargai! =p
Perkarangan lobi
Urusan checked in, smooth. Just pre-authorized $100/night
anakIsmail.. kau tak reti dok dendiam kat rumah!
Mall attach with Intercontinental Hotel
Sebelah hotel, ada mall. Sempat aku jalan-jalan naik makan di Malaysia Boleh (food court) then shopping souvenir dari Liverpool FC shop. MF cakap, kalau dia kat sini, confirm lebih dari sejam dok membelek! Huh! Dipendekkan cerita, kena repeat SG lagi la kan?
Esoknya, kami sarapan di hotel. Bilik kami termasuk breakfast. Bilik sangat selesa dan katil tilam bantal lampu apa semua laa! Nak bangun pun rasa malas sebab hujan renyai pulak pepagi ni.
Vege fried rice sedap!
Japanese traveler yg kawai!
Lepas kenyang, kami nak sightseeing area hotel. Kesudahnya kami jalan kaki dengan baju tido, selipar cabuk terus ke Haji Lane, Masjid Sultan. Suasana pagi memang tenang sebab belum ramai pelancong hadir. Hari Ahad, probably ramai pekerja asing area Masjid Sultan. Belum campur dengan pelancong lagi. Phewwww! Dah recce kedai souvenir yang kami berkenan nak beli souvenir bawak balik!
Usha Level 4 pulak lepas brisk walk
Aku dah pesan kat SF bawak baju renang.. Beliau engkar! Huh!
Dah! Jom siap-siap nak check out pulak ni. Sebelum check out, kami singgah mengada nak snap gambar dessert yang super cute! Bukan nak makan sangat pun! Huhuhu! Memang kalau outing ke stay dengan budak SF, tak membazir, tak sah kau kan??? Huh! Lepak The Lobby Lounge kejap. Dessert kami memang sedap!
Comments
Post a Comment