Steamboat & BBQ, IOI Mall Putrajaya



Sempena Deepavali hari ni, aku ambil kesempatan, jumpa dengan kawan-kawan sekolah rendah. Deme berdua ni jela yang paling rapat dan akrab dari kecik dulu. Dan berpuluh tahun kenal. Cuma NN ketara berubah. Dari minah x suka berdandan, sekarang make up semata nak datang jumpa kami, jam 7 pagi dah bangun. Akhirnya, sejam dia lewat! Huh!

NS nak makan kat KyoChon. Tapi, macam biasa, memang beratur panjang dah waktu kami sampai. Tak sure 1st queue derang dah  datang beratur dari jam berapa? Haiseeeh! Special sangat ka makanan dalam tu? Aku tak dapat ulas sebab belum cuba.

Kami decided makan kat Steamboat & BBQ je. At least sambil sembang, boleh makan and ada aktiviti nak masak memasak. 
Bayar dulu sebelum makan



Aku suka sambal's island. Macam-macam jenis kita boleh pilih. Dari pedas ke manis. Tempat pun lapang untuk lepak berlama-lama nak sembang. 2 jam jugak la kami kat sini.



Dessert



Sotong pedas
Thai souce-sambal belacan-masam manis sambal
Tembikai




Ada 4 jenis pilihan sup kalau tak silap aku. Ini sup ayam
Ice cream

BBQ beef


Overall, makan kat sini banyak. Seoul Garden pun best gak. Ada la pro n con kan? Bezanya sini lebih lapang kalau nak banding dengan Seoul Garden. Makanan tu, macam sama ja. Patutnya sebelum masak letak butter. Tapi NN confident cakap tak payah. Ke sudahnya, rentung atas tempat masak tu. 

Selain nak masak memasak, ada nasi goreng seafood, steam rice, mihun, mee goreng etc. Berbaloi datang makan waktu korang bebetul lapar. Macam kami ni haaa... Tak sempat habis, bernafsu nak tambah makanan lain lagi. He-huuu! 

Berbaloi untuk lepak santai bersama keluarga dan rakan taulan. Sambil makan, kita membawang!
Eh? 
Terjujur!
Hehehehe!

Semoga, persahabatan kita kekal selamanya. Walaupun kenyataan dan realiti tak seperti yang kita sangka.
Ameen.

Comments

Popular Posts