Nelayan Seafood by the Coast, Desaru

Chak? Bersama lagi untuk liburan malam minggu! Meh kita makan kat satu restoran special! Memang tak sesia aku beramah tamah kat receptionist tadi! And hasil tinjauan dr TripAdvisor, aku jumpa la kedai makan ni. Memang segah namanya. Sedap!
Tadaaaa!


Boleh lepak makan kat luar

Waktu kami sampai, orang masih belum ramai. Mudah la aku nak snap apa yang aku nak. Hasil laut memang fresh. Masih berenang2 dalam akuarium tu. Aku pilih lauk based on kemampuan jela. Nanti waitress akan amik lauk yang kita pilih dan timbang. Kalau tak kena dengan harga, boleh cancel. Kang terover budget pulak nak makan.





Baik! Kami nak try ikan ketutu (Soon Hock fish) ni. Selalu asyik makan kerapu, siakap jenahak je kan? According to her, ikan ni femes buat masak Hong Kong. Ok, fine! Jom cuba! Waitress offered amik pau sebab aku ada order ketam. Pau? Macam tak relevan je? Tapi, takpalah. Kita cuba 3 biji dulu.
Tekstur lembut. Sedap pulak tu! Tambah order lagi 5 biji!

Hong Kong Kailan: RM20 

Perut dah lapar. Makanan belum sampai lagi. Nasi kosong makan dengan kailan sedap subhanallah! Ikan kering dia dalam tu dia goreng garing. Ratah gitu je sedap! Aku ni dah la susah nak makan tumbuh tumbuhan. Sekali rasa memang tak rugi!
Seko ketam:RM93.50

Cicah mantou (pau) dalam ni. Sedap weeehhh!
Soon Hock masak Hong Kong: RM149

Perlu diingatkan, harga tak sama setiap kali. Ikut timbangan dan harga semasa. Mantou tu harganya RM2/sebiji. Memang sedap walaupun makan camtu je. Plain rice RM1.50. Sky juice sejag RM3. Mujur la kami tak tamak order sotong goreng tepung. Kalau tak, sapa nak perabih? Membazir je! Yang ada ni pun, jenuh jugak nak hadam. 

Aku sangat rekemen korang datang makan kat sini kalau ke Desaru. Datang ramai, boleh tong-tong. Untuk yang berduit, takde masalah nak tunjuk ja apa nak makan. Bagi orang macam aku, sesekali boleh la nak makan camni. Tambah pulak ikan rare takde kat Semenyih tu kan? Heheheh!

Korang boleh reserve atau walk in. Malam minggu macam kami datang tu, jam 8.30malam dah mula penuh. Kami sampai lingkungan 8 malam. Plan your dinner ok?

~Selamat makan~

Comments

Popular Posts