Salam Maulidur Rasul.
Cuti ni, kami tak ke mana-mana pun. Aku pulak 'berpantang' sebab lepas freckles laser Ahad lepas. So, tak boleh nak terdedah dengan cahaya matahari sangat. Pedih muka tu kang! Sepatutnya aku dah janji dengan SF and nak ajak KA naik Batu Caves arini. KIV dulu la plan tu.
Petang, layan Running Man kat rumah tetiba MF ajak aku g makan kat Sepang. Tengok depa dok makan stu ketam. Macam lazat ja. Lepas Asar, kami terus gerak ke Sepoi Sepoi Avani Sepang Goldcoast Resort. Setakat nak makan ja. Bukan menginap pun.
|
Memula kami parking kat sini |
|
Pastu kami parking kat belakang sign Avani tu |
|
Nak straight parking kat dalam pun boleh |
|
Antara aktiviti petang kat area Avani |
|
Lupa nak tanya harga main ATV tu |
Kat Avani, ada pelbagai pilihan restoran. Terpulang seni tekak anda. Stimboat, makanan cina, western, kampung semua lah! Aku sengaja pilih Sepoi sepoi. Sebab nak recall past 5 years makan kat situ. Sebelum makan, aku snap sunset dulu. Benda wajib kalau datang Bagan Lalang ni.
|
Tengah resort pun ada restoran. Boleh naik buggy |
|
Basikal is free |
Awan tebal kat belah bawah. Tak nampak bulat merecik la arini. Takde rezeki. Takpa, kita g makan jom? Lapar dah ni! Diet Atkins punya pasal la ni. Hari ni cheat meal! Aku teringin nak makan mee goreng mamak! Kikikiki!
|
Pandangan dari Sepoi sepoi |
|
Tak oyen sangat |
Lama jugak nak tunggu makanan kami sampai. Nak solat? Surau ada dua. 1 belah depan restoran (jalan sunyi, horror xde lampu) and boleh terus naik buggy ke Bila-bila Restaurant belah dalam. Luas, selesa and boleh turunkan kalori waktu nak berjalan! Separuh jalan, buggy offered nak bawak ke lobi. Selamat! Heheheh!
|
Wedges RM7.76 |
|
Diavola pizza: RM30.17 |
|
Mee Mamak: RM25.86 |
|
Kaunter |
|
Sesuai nak makan dengan family, rakan taulan bla..bla |
|
Jasmine tea: RM13.79 |
|
Lime juice: RM14.66 |
Boleh dirumuskan, area Bagan Lalang ni famous dengan seafood restaurant. Paling terkenal, Senandung Semalam. Kena datang awal. Kalau tak, nak pilih ikan ramai orang nak beratur kat kaunter seafood. Medan selera pun ada. Nak mandi? Air keruh. Tapi korang sanggup, boleh je. Aktiviti petang tepi pantai, orang main layang-layang, jet ski, ATV, sailing etc. Datang awal boleh berkelah.
Semoga hari cuti korang terisi!
Semoga bermanfaat!
Comments
Post a Comment