Forest City, Johor

Plan ke Forest City Johor ni secara tetiba. Tujuannya sebab nak lanjutkan masa sebab aku nak jumpa kawan teknik kat Kg Melayu Majidee. Dia ajak jumpa tengahari. So, masih awal lagi aku dari Desaru. Desaru ke Senai dalam sejam je. Lajak ke Forest City sebab dari tahun lepas nak pergi. Saja nak tengok apa yang ada kat situ.

Muzium Sarang Burung
















Kebanyakan China mainland kat area sini. Jutawan yang datang Malaysia nak beli hartanah. Selain tu ramai pelancong dari dalam dan luar negara. Meriah walaupun masih pagi.

Selain bawa family jalan-jalan, korang boleh bawa pakaian mandi. Kolam kat sini dibuka untuk orang ramai. Oleh sebab tempat terbuka, segan jugak nak mandi manda. Ramai orang dok snappy tepi kolam weh! Tak privacy! Tapi kolam dia besar. 
Please take note





Kalau korang lapar, nak jalan-jalan lagi, boleh naik ke atas bangunan tu. Kami naik je, hujan turun dengan lebat. Perut mula la mintak makan. Banyak kedai free duty kat atas, tapi jual alkohol. 
Surau
Aktiviti pantai
Jom explore?

Dah luput
Takut tengok harga rumah. Phewww~


Dah penat berpeleseran, kami cari kedai kopi. Tuu.. dah nampak sayup-sayup DropTop! Meh kita cuba! Restoran dari Korea rupanya. Tak boleh over makan sebab lepas ni nak jumpa member teknik pulak.
Wajib try!


Cappuccino
Mocha ni sedap!

Fries with BBQ flavor
Signature Ice Top Red bean

Lepas kacau

Comments

Popular Posts