Plan ke Desaru ni, sebab kami dah beli voucher menginap di Hard Rock Desaru kat MATTA Fair. Termasuk breakfast, untuk 3 orang, RM500. Berbaloi jugak la kan?
|
Tempat wajib nak bergambar |
|
Sayup dari tingkap HR |
|
Smooth check in |
|
Depan tu HR Shop |
|
View dari dalam bilik |
Aku masih lagi berbaju mandi. Sebab dari Desaru Coast tu tadi. Huhuhuhu! Sempat la kering sebab panas lit lit hari ni. Kena bayar deposit RM200.
|
Complimentary |
|
Bersambung dengan bilik mandi |
|
The bathroom |
|
Lepak kat luar |
|
Tak dibenarkan merokok dalam bilik. Denda RM500 |
Kalau korang nak fully utilize lepak dalam bilik, then lapar, boleh order makanan masuk dlm bilik. Oh, sebab korang penginap di HR, boleh dapat 10% untuk makan di HR dan shopping di HR Shop. Aku suka diskaun tu! Hehehehe! Nanti cashier akan tanya no bilik dan atas nama siapa booking bilik dibuat.
|
Bagai orang lapar disua makanan! Hehehe |
|
The services |
Aku sempat shopping kat HR Shop sebelum keluar makan. Harga T-shirt biasa, RM85-129. Bila dah dapat 10%, berbaloi la beli. Kebetulan malas pulak nak keluar makan kat luar. Tapi, malam ni, derang buat buffet dinner. Macam tak berbaloi je? Aku pun tak tanya berapa harga per person. Terus ajak MF keluar makan kat port yang receptionist tu recommended petang tadi. Sebab aku ada tanya dia tempat makan menarik kalau datang ke Desaru. Dalam masa sama, aku tanya encik TripAdvisor jugak.
|
Kawasan parking |
|
FOC |
|
Level 3, Lobi, pool, HR Shop |
|
Kedalaman 1.2 meter |
|
Pukul 8.40 pagi |
|
Ayuh makan! |
Agenda selepas breakfast adalah misi tetiba nak pegi. Makanan kat sini sedap-sedap belaka. Banyak pilihan. Berbaloi untuk penginapan termasuk breakfast.
Pengalaman menginap di HR Desaru dialu-alukan untuk yang suka kedamaian. Ewaah! Cuma tak dekat dengan pantai jela. Kena naik keta.
Jadi, dah dapat bayangan kat mana nak menginap selepas main air di Desaru Coast?
~Selamat bercuti~
Comments
Post a Comment