Sabah: Day 3, Ara Dinawan Island (Private Island)

Hari ni kita berjemur guysss! Sebelum tu, host dah bagitau, trip hari ni lewat sket atas sebab air pasang surut. Then, kami diatur berlepas dengan boat di Jeti Beringgis Seafood. Aku assumed, kami kat Jeselton Jetty je, rupanya meleset! Dari 7 Suria Hotel, dalam 30 minit baru nak sampai di Papar. Minimum, 6 orang untuk sekali jalan ke Ara Dinawan. Kami bertiga, then host message aku dan bagitau, proceed! Yeyyyy! Rupanya ada 4 orang lagi yang join us. Kami pun tak kenal but they were so friendy and lovely! Siap shared with us kuaci and some of sambal from Sabah.











Untuk pengetahuan, sebelum bergerak ke boat, kami diminta untuk buat saliva test di jeti which is korang boleh beli saliva test kit sendiri atau beli dari diaorang je, RM15/kit. Better beli kat farmasi siap-siap then buat je test kat jeti. Lebih jimat.










Host briefed us what do and dont's. Keep yourself comfy with the environment. Kalau nak stay kat sini pun takde masalah. Cuma, kami tak gamak nak tinggal kat pulau ni sebab kami ada misi esok. Hahahah! Then, KA nak main paddle board dan aku & SF main kayak. Kalau korang nak berOOTD sila jangan malu dan segan. Props pun banyak kat sini. Afternoon, kami dihidang dengan makanan yang super banyak! Adeeeh! 













Lepas makan, host tanya kami bertiga nak snorkel ke tak? Then KA memang nak layan coral. Nak tanak aku ngan SF ikut jela sebab kami bertiga je ni tak termasuk geng mat saleh tadi. Btw, they married Sabahan. She gave us 3 jenis sambal untuk dicuba. So nice person! Thanks a bunch! Baju tak sempat kering nak main air lagi. Okay, muka dah start sun burn! Walllaaa!






Lepas berenang di tengah laut, then penat tangkap siput dan agah-agah dengan Nemo, crew pun sempat bagitau kami supaya berhati-hati sebab banyak landak laut bawah kaki kami. Semua pakat pakai kasut renang, so okay la. 4 orang crew jaga kami bertiga. Nikmat betul jadi anak manja ni! Hahahha! 

For me, berbaloi kalau korang cari kelainan bila ke Kota Kinabalu selain Mamutik, Manukan, Sapi or Gaya island. Korang still boleh cuba pulau yang bukan under TARP (Tunku Abdul Rahman Park). Bajet RM150/person dan korang boleh santai kat sini without prejudice. Some more, takde orang nak photobomb gambar korang! Hehehe! Jam 4.30 petang, kami dah nak berlepas ke tanah besar. Harapnya KK tak hujan!  Nak massage malam ni! Lenguh tangan mengayuh tadi!

Comments

Popular Posts