Freddies Santai Sumurtiga

 

Korang tau tak apa makna sumur? Sumur tu maknanya telaga/perigi. Barulah aku ngertik pantun 4 kerat tu! Kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, boleh kita bertemu lagi! Haa... gicuh! No wonder la, kalau pergi berkelana, selain mempelajari tentang adab, budaya dan makanan tempatan, bahasa juga main peranan ya? Kita kan serumpun? Tibeh teringat lagu raya Mimi Fly! Kau nak aku rap guna bahasa isyarat? Hahahaha! Make this short! Kami stayed at Freddies Sumurtiga. Memang tourist spot orang singgah nak ambil gambar di Freddies! By the way, Freddies dah dibeli oleh orang China. Freddies Villa is on the way, dekat dengan Ujong Kareung! Done free marketing oleh anak pakcikMail!








Bilik tak termasuk breakfast! Breakfast hanya order dari cafe yang mulai dibuka jam 7.30 pagi. Makanan western, nusantara adalah antara yang ada disediakan. Both sedap! Kartu (Debit/credit card) boleh di-swipe di kaunter bayaran (kasir). Deposit sebanyak IDR200k/room dikenakan. Boleh bajet your timing nak check out tu ada buffer crew check bilik dulu sebelum pulangkan semula IDR200k tu nanti. Bilik kami, hanya ada kipas dinding semata-mata, siang hari memang panas berdengung! Menyesal pun ada! Sebab malam hari kami bajet angin sepoi dari laut, rupanya tetap hangat! 






Tiada iron disediakan! So, gunakan kepintaran anda untuk menggunakan cerek as an iron! Hahahahah! Kalau bawak travel iron, lagi bagus! Tak perlu mengadu domba dah! Bilik kami di tingkat atas, berbukit, memang pertolongan crew angkut beg kami ke atas, amatlah berjasa untuk kami yang dah capek ni!
Sinar mentari muncul di ufuk timur
Laluan tangga menuju ke bawah
Rupabentuk bilik sebelah












Masa untuk sarapan!
















Hujan lebat turun di ufuk sana. Kami pun takde keinginan nak sambung mandi pantai. Cukup la di Pantai Gapang. Hari ni, last day di Pulau Weh, Sabang. Meninggalkan seribu satu pengalaman baru untuk kami sekeluarga. Kami tak menjelajah bandara Bandar Aceh sebab kesuntukkan masa.
Pantai yang kami singgah dalam perjalanan kami ke Pelabuhan 




Singgah di Danau Aneuk Laot
Lepas tinggalkan Pulau Weh, kami just terus ke kedai makan di bandara. Masjid Raya Baiturrahman Aceh kami hanya melalui saja walaupun supir tanya nak singgah tak? Kami menggeleng. Gunongan (yang kononnya tempat Puteri Pahang bersiram dek kerana rindu ke kampung halaman) pun, kami hanya tengok dari tingkap kereta (mobil yang bergerak). 
Handphone aku langsung tak boleh dibuka. So, pakai handphone MF waktu snappy around kat Mie Nazar. Mostly ramai orang ke Mie Razali atau Mie Hasan kalau tak silap aku. Katanya owner dari Mie Razali dah keluar dari situ dan buka kedai mie sendiri iaitu Mie Nazar. Makanan alhamdulillah, enak! Lepas kenyang, kami arahkan pak Sabri terus ke Hotel Pade. Dah penat ni!













Comments

Popular Posts