Pulau Weh, Sabang: Part 2

Selepas menikmati rojak buah berhadapan dengan kepulauan Aceh, kami terus ke Pantai Gapang. Waktu ni tak teruja nak mandi. Tapi bila dah sampai... Masya Allah! Cakep banget ni! Tapi, aku main celur kaki je. Pantai ni terbuka kepada orang awam. Nak salin baju atau mandi selepas berenang di pantai Gapang, boleh bayar IDR20k/person untuk tumpang mandi. Ada ramai divers stay kat area Pantai Gapang.

1. Pantai Gapang, Pulau Weh



Tempat duduk di sekitar ni adalah percuma untuk tujuan berkhelah






Tumpang mandi kat sini


Supir bagi kami masa 2 jam kat sini, tapi tak sampai sejam main kat pantai, dah terasa bosan. Memang kami ni sekadar singgah, bukan beria sangat pun. Adakah symptom bosan sudah datang? Heheheh! Depends orang jugak cara bagaimana nak menikmati alam. Perut dah lapar. Kami singgah makan di kedai tepi jalan sebelum meneruskan perjalanan kami ke Kilometer Nol (0) Indonesia.

2. Ummi Pah Kitchen





Makanan kami simple, tapi sedap yakmat ikan karang goreng dengan gulai dan sambal versi Aceh! Hanya meneguk air kosong, dan total makanan kami IDR135k. Kedai makan Ummi Pah dekat dengan masjid dan simpang masuk ke Gua Sarang. Nak tumpang buang air, better buang siap-siap di masjid. 

3. Titik Kilometer Nol (0) Indonesia
Kena menapak masuk ke kawasan Titik Nol Indonesia dari pintu masuk


Main aci snap sambil jalan sebab tak tahan dengan panas mentari! Auch!




4. Gua Sarang
Ada dua pilihan nak menyelusuri Gua Sarang samada dengan berjalan kaki ke bawah (ada lebih kurang 200 anak tangga) atau by boat ke Gua Sarang. Dedua aku tak pilih! Sebab lutut dah sakit-sakit! Maklum la, dah tua! Huhuhu! Padahal sebab cuaca panas, buatkan aku takde mood nak turun ke bawah. The kids memang takkan mahu nak turun! Sebab diaorang ada dalam kereta dengan bang Ewan, buatkan kami decided tak turun terlalu lama. Just ambil feel tepi kedai makan tu je. Bayaran masuk ke Gua Sarang, bang Ewan dah setel untuk kami. 









5. Jaboi Volcano
Sebelum sampai di Jaboi Volcano, bang Ewan singgah di salah satu masjid berdekatan. Laluan masuk dari Gua Sarang ke Jaboi Volcano agak creepy, dengan pokok tumbang tak dibersihkan. Takde orang jaga ke? Dah la jadi laluan GAM zaman dulu sebelum tsunami. Baru aku faham kenapa banyak kawasan militer di Sabang dan Banda Aceh. 

Berjalan ke arah kawah merapi dalam 100 meter

Ada renjer yang jaga? Tak, hanya penduduk setempat yang jaga tempat ni
Bau belerang dah mula menusuk hidung




















6. Dinner at Acirasa Coffee, Sabang

Kedai tutup jam 6.30 petang camtu... Sambil makan, crew kedai dah switch off all the lights! Hahahah! Makan la kami acacah candle light dinner dalam kedai. Mujur masih cerah. Kedai sebelah Mie Sedap! Bang Ewan ada bagitau kalau nak makan mie, boleh ke kedai sebelah. Tapi kami nak makan nasi.








Sate sotong



Comments

Popular Posts