The Pade Hotel, Aceh
Kata supir kami, Nasir, yang selalu stay kat The Pade itu presiden, selebriti dan orang ada-ada? Okay, harga sebilik pun tak murah. Waktu kami sampai, geng futsal dari Jakarta pun menginap kat sini. Boleh beza muka orang dari Jawa Barat, Jawa Tengah atau Jawa Timur. Bila kami sampai pun, supir akan gunakan Aceh Barat, Aceh Timur atau Aceh Tengah. Blur wooo nak fikir geografi waktu bercuti! Hahahaha! Dengan handphone buat hal langsung tak boleh touch screen, memang aku pasrah je mana timur, barat, tengah. Mujur takde tenggara, utara, selatan, timur laut dan barat daya.
Urusan checked in dipermudah. Tiada deposit dikenakan
Welcome drink
Naik lif turun ke lantai 1 (level 1)
Assalamualaikum!
Nak add on towel, IDR50k/towel akan dikenakan
Ruang luar bilik kami
Kolam renang dibuka sampai jam 6 petang
Jom keluar tengok kawasan padi dengan view gunung ganang
Asam pedas Aceh, nampak macam kengsum dari Thailand pulak
Esoknya, kami sarapan di hotel sebab dah termasuk dengan penginapan kami selama 1 malam di The Pade. Cuma kena bayar extra charges kalau lebih dari 2 orang. Pak Sabri bagitau nak ambil kami jam 8 pagi. So, jam 7.15pagi kami dah menjengah menu makanan Aceh.
Dah kenyang, badan pun suka hati! Urusan check out semua dipermudah. Receptionist akan roger crew untuk check bilik sebelum kami dibenarkan pergi. Nanti just mintak butler angkat barang korang ke kereta. Kami just bagi tips dalam MYR saja. Lagi diaorang suka!
Sesampai di airport, akan ada porter yang menanti. Terserah korang nak mintak bantuan diaorang ke tak. Waktu MF terkial-kial uruskan beg kami, porter tu berlalu pergi. Tapi dari jauh, maybe porter tu perasan MF buka dompet, terus dia datang semula! Hahahah! Bagi la IDR50k yang berbaki tu. Kami just tukar duit IDR2 juta saja untuk cover makan selama 4D3N. Selain tu, semua under pakej.
Flight kami jam 11 pagi, jam 8.35 pagi dah sampai airport. Dalam pada tu, pak Sabri cerita tentang sebelum Aceh dilanda tsunami, warga Aceh belum tahu tentang bahana tsunami setelah gempa. Bukan setakat Aceh, orang luar termasuk aku pun belum tahu tentang apa itu tsunami, gempa dan bencana lain di dunia. Zaman 2004, manusia belum expose tentang tsunami. Hanya dengar dari negara Jepun sahaja tentang ancaman tsunami. Sebelum mendapat kemerdekaan dari kerajaan, Aceh selalu menerima mayat orang yang dibunuh oleh pihak yang tidak diketahui.
Kami yang pertama checked in luggage, tunggu pintu immi dibuka. Tiada apa yang menarik untuk dibeli kat Sultan Iskandar Muda International Airport. Shopping souvenir or bebas cukai pun takde! Nak beli souvenir, better beli kat Titik Kilometer Nol siap-siap walaupun tak up to date.
Kami hanya liburan di Pulau Weh
Banda Aceh... sehingga kita bertemu kembali!






.jpg)




















































Comments
Post a Comment