The Lakehouse, Ringlet Cameron Highlands

Chewah-chewaahhh... Your Tudor style- house country house! Apa makna Tudor? Acacah back to royal English dynasty! Haa... teringat siri Bridgerton! Thier gown & dresses lawa gila! Amazed aku dengan designer zaman dulu! Tak ketandusan idea dalam fashion! Hanya ada 19 bilik sahaja di The Lakehouse CH. Kepunyaan company dari Singapura. Yang aku perasan The Lakehouse waktu menginap di Casa Del Rio, Melaka. Lagi satu, Casa Del Mar, Langkawi under HPL hotels & resorts. 

Bahagian atas, hanya hotel guest je dibenarkan naik. Bangunan atas tu ada 4 bilik, of course all suites. Ensure korang tak bawak beg tarik! Sebab takde buggy pun naik ke atas. Jalan memang berbukit. Kalau bawak beg tarik pun still relevan nak tarik beg, cuma nak naik ke bilik kena angkat ikut tangga.

Nak dijadikan cerita, kami sampai di Lakehouse sebelum jam 11 pagi. Nak check in, 2pm. Lambat lagi! Untuk outsider yang nak hi-tea kat sini, open to public (bukan hotel guest), jam 12 tengahari. Sempat kami naik ke Bharat 1 & 2 ambil vibes weekend di CH. Takde yang menarik, turun semula ke pekan Ringlet isi petrol siap-siap. Kami keluar ikut Tapah, terus ke Ringlet. Jam 11.55 pagi, kami naik ke lobi dan lepak makan ala kadar sebelum check in. 




Jalan naik ke atas hanya untuk hotel guest 
Masuk ke lobi bahagian atas





Area ni, terbuka kepada public











Welcoming drinks. Soda+ginger. Sedap!










Langsung tak buka air-cond sebab cuaca dah nyaman. Just buka kipas je sepanjang kami menginap kat sini


Seawal jam 12.55 tengahari, bilik dah ready. So kami habiskan masa dalam bilik sebelum decided keluar semula lepas Asar sebab nak chase scone. Tapi tak jadi pun, sebab cuaca permulaannya cerah, jam 5.30 petang hujan turun mencurah.
Awan nano di langit petang
Kami balik ke bilik, dah ada kuih bakar. Crew dah clear sampah dalam tong
Early morning at The Lakehouse

Kawasan bilik kami, ada 15 bilik



Aktiviti jungle trekking under hotel disediakan untuk hotel guest. Tapi depends pada cuaca pada malam sebelum, risau slippery. So, kami takde la pulun nak masuk hutan dengan sneakers. Aku pun berbaju tidur je sekarang, cuma sightseeing nak naik bahagian atas pulak.










Jom sarapan!

Extra breakfast needs to order



Nasi lemak + ayam masak merah yang fuhhhh! sedap!



Kuah mi sup dah sedap, cuma mi tu belum celur dengan baik sebab masih terasa asid borik kat mi

Lepas kenyang, sambung tidur!

Comments

Popular Posts