Pulau Weh, Sabang: Part 1

Setibanya kami di Pelabuhan Balohan, Pulau Weh, Pak Ewan sudah sedia menanti kami di depan kapal cepat (express Bahari). Nasir dah message Pak Ewan berserta gambar kami awal pagi tadi. Porter (tukang angkut beg) dah ready tunggu di bawah. Terserah anda nak bagi berapa. Kata Nasir, lepas duit kopi 20k-40k dah okay. Jauh jugak dia tolak beg kami sampai ke kereta. Fuhh!

1. Taman I Love Sabang

Hanya di tepi jalan 
Kawasan agak terbiar untuk tourist spot? Adeh! Kami kat sini 10 minit je hanya sekadar foto-foto dah sampai kat situ! Kemudian, pak Ewan tanya, ada nak kopi-kopi cara orang Aceh tak? Memula aku macam nak terus ke spot seterusnya, tapi sebabkan ada banyak masa lagi, kami akur tempat lontong sedap yang pak Ewan bagitau tu.

2. Mie Engkot Sure

Matcha tea Aceh tu sedap! Kopi Aceh pun sama!

Pak Ewan ni nak lepak merokok je kan? Sebab tu ajak kami singgah? Huh!


Ni bukan setakat minum dah! Terus jamah!
Mihun & lontong ternyata sedap!

3. UKCC Hotel, Ujong Kareung (Ujung Karang)


Handphone aku dah mula buat hal, camera dipaksa closed! Overheat!


Kawasan belanja air kelapa
Ada ramai bocah cilik mandi manda kat area ni. Yang terar berenang saja tau?

4. Anoi Itam Japanese Fort (Bunker Jepang)
Bayaran masuk termasuk pakej kami (IDR100k utk 4 orang)





Tempat askar Jepun skodeng penduduk kampung & musuh
Hp aku dah mula buat perangai! Geram je!


Agak landai untuk didaki



Sipi-sipi belah kiri tu ada sign Pantai Anoi Itam, kami skip! Hangat oii!
Tourist dari Medan kat atas bumbung tu dari tadi asyik posing




Dari jauh terlihat Aceh Besar


5. Rujak Alam Pulau Klah





Rojak yang simple sedap dan pedas

Bersambung di next chapter. Banyak pulak gambar kat sini. Harap korang boleh highlight what do and dont's. Kami skip waterfall Pria Laot sebab kena mendaki dan jalan ke air terjun agak licin. Tak ramai yang pergi sebab laluan kereta terhad. Cukuplah past 11 years ago aku pernah ke sana. 

Comments

Popular Posts