Persediaan ke Sydney, Australia
Assalamualaikum
Salam sejahtera!
Trip bajet mewah kami ke Sydney, kami dah prepare awal-awal dari bulan 7 tahun lepas. Then kami dah start buat dana bulan 8 lagi. Takdelah terkucil nak bayar itu ini nanti. Memang selalunya trip, kami akan buat dana untuk memudahkan.
1. Visa ke Australia
Kami applied by online at https://easyeta.com/visa/ memang memudahkan walaupun kami curiga kalau ada antara kami yang tak lepas. Maklum la... sejak ada rakyat Malaysia yang buat hal, seluruh warganegara mendapat tempias. Alhamdulillah, esoknya dapat email, Visa kami approved with flying kiss! Yeeeyyyy! Valid visa selama setahun.
2. Makanan dari Malaysia
Hanya dikeluarkan dari pengilang. Yang ada ingredients whatsoever la kat packaging tu. Then untuk memudahkan, buat list bahan-bahan yang digunakan in English. Kot la custom banyak soalan.
Rokok and makanan yang dibawa dari Malaysia boleh pangkah YES |
3. Rokok
Yeargh.. orang Aussie jarang hisap rokok. Depa hisap ganja and rokok daun je, Hahahah! Harga yg KA beli untuk sekotak rokok (tak sedap katanya) $33! Mahai gila! Kita hanya boleh bawak masuk 40 batang sahaja. Jangan lebih ye kawan-kawan. Tinggal lama, boleh la benti merokok terus!
4. Matawang
Kat sana hanya pakai AUD. Beza antara kita, AUD= RM2.95 camtu. So korang boleh je swipe debit card (ensure roaming sesiap) and credit card digunakan secara meluas even kat convenient store. Mudah bukan? Yearghhhhh!
5. Ubat-ubatan
Aku g klinik amik ubat demam, selesema, batuk, antibotik semua la. Sebab ubat kat sana mahal. Depa jaga diri bebaik. Sama la macam Jepun.
6. Pengangkutan
Kami pinjam Opal card dari kenalan kami di Sydney. So memudahkan. Just top up card je. Bajet untuk 6 hari, $70/person. Wajib ada Opal untuk naik pengangkutan awam di Sydney. Opal card itself cost u $10 tak termasuk isi card.
Boleh pakai credit card |
Memudahkan |
7. Cuaca/Musim
Ensure korang tau musim apa yang korang aim nak pergi. Macam kami berdepan dengan pertukaran musim. Dari summer ke autumn. Alahai.. silap haribulan la kami g Sydney ni! Huh!
8. Tempat yang ingin dilawati
Silakan gugel banyak-banyak. Study lebih kurang. Jangan menyesal macam kami. Sedih!
9. Pakaian
Sediakan pakaian yang bersesuaian dengan cuaca dan tempat. Kami bersangka baik (always everyday) sampai la kami sendiri sejuk kedi kat tempat kejadian! Huuuuuu~ Berhuhu dalam hujan dalam kesejukkan! Well... Malaysia panas kot? Hahahaha! Kasut mesti dalam keadaaan tip top, ok?
10. Restoran halal
Actually banyak je restoran halal. Kami je yang terlepas pandang. Bajet untuk makan selama 6 hari, $300/person. Sekali makan, $14.50 untuk makanan dan $3 untuk minuman. Sila jangan convert. Kelak kita sama-sama menangis di bucu katil. (T_T)
Comments
Post a Comment