Sydney: Fireworks, Lal Qila Restaurant (Day 4)
Kami ada buffer 2 jam untuk mandi dan bersiap sebab parking keta hanya 2 jam je. Kalau lewat, kena saman. Jam 7.45 malam, kami keluar.
Kopak duit den! |
Kami parking kat depan Wonka Choc Factory ni, then kena jalan kaki ke Darling Harbour. Aku dah janji ngan Shark pkl 8 camtu. Tapi kami dah lewat. Hehehehe! Cari parking je dah makan masa. Memang payah beno! Tambah kalau malam minggu!
Sampai kat Darling Harbour, aku terus gi Rock Shop sebab member mintak belikan husband dia HR Sydney. So dah alang-alang sampai, kami singgah je kejap. Jumpa Shark dalam kedai je. Reti pulak dia cari kitaorg.
Jam 9 malam, fireworks bermula! Teruja sat! sebab sebelum ni nak layan kat HK, tapi tak kesampaian sebab memasing dah penat nak keluar semula.
Kamera handphone ja |
Dalam hidup, aku jarang layan fireworks. Tak sangka pulak, bila layan depan mata, feel memang berbeza! Syahdu je rasa. Dalam 10 minit jugak la kebaboom around Darling Harbour. Malam minggu, memang ramai yang lepak kelab dengan geng.
Perut pun dah lapar, KA pun dah hilang ntah ke mana ngan kawan dia. Kami terus naik Pyrmont Bridge nak ke Lal Qila Restaurant! Dekat la jugak. Just lintas je, jalan sket dah sampai!
Aku tak sempat nak snappy menu. Harga boleh tahan gak la. Portion memang banyak! Jangan tamak haloba kalau boleh share. Malam ni, Shark belanja kami makan! Alhamdulillah!
Aku pun tak ingat nama masakan yang aku order! Yang pasti memang sedap! Jam 10 malam, orang kat kedai tu terus bagitau depa dah nak tutup dapur. Kalau ada nak tambah order sila lelaju.
KA message, bagitau dia nak datang situ ngan kengkawan dia. So ramai la kami malam tu. Yang tak bestnya, kami takde port nak lepak! Sebab kedai makan dah tutup seawal jam 10 malam. Setakat nak jalan-jalan sambil sembang boleh la. Yang buka sampai 2 pagi, club malam je.
Hujan masih renyai. Geng LGBT ramai pulak malam ni. Ensem elok, sayangnya tak normal. Kihkihkih!
Aku, SF ngan Ayen mintak diri dulu sebab kesian kat Ayen nak balik ke Parramatta pulak. Esok, dia bawak kami jenjalan town pulak.
Bersambung~
Comments
Post a Comment