Sydney: Nur Muhammad Cafe, Hard Rock Cafe (Day 2)

Setibanya kami di Circulay Quay, kami ke Wharf 3 pulak. Tujuannya nak ke Pyrmont. Kat sana ada STAR (pusat judi judian) and dekat dengan Darling Harbour.






Dah sampai Pyrmont, jom kita tag Opal Card kita tu! Kat sini mementingkan kejujuran. Sebab takde orang yang berkawal kat depan Opal Card touch tu! Jadilah seseorang yang menunjukkan tauladan yang baik. Besar langkah kaki kami kali ni!
Kenapa?

Choose this!

Masak apa arini bang? Perut lapaq ni! Yaaa... pekerja kedai ni asal dari Jitra! Moh speaking utaqa kat Sydney! Yeeeyyyyy!
Nur Muhammad Cafe dekat je dengan Darling Harbour. Berdepan dengan Museum dan STAR. Setiap hari Ahad, depa akan buat jualan amal. Makan la banyak mana pun... bayar la seikhlas hati. 
Ayam masak kicap


Nasi goreng ayam
Mee goreng

Kami makan dengan lahapnya. Dah lapar beno ni! Kat sini ada surau. So korang boleh jamak sesiap kat sini. Minuman tak sempat aku snap. Teh ais terlebih susu. So, aku minum suku ja. Menyesal order! Bukan murah! huh!
Overall, kedai ni biasa ja. Setakat nak memenuhi isi perut yang mengemis isi. 
Hujan mula renyai. Kami berlari ke Darling Harbour Mall dekat dengan cafe.
Terus ke Hard Rock Shop.








Rate harga untuk t-shirt HR $42.50-80. Ikut jenis jugak. Aku tak sempat nak survey harga. Mana yang orang pesan, aku beli je. Sempat la VC dengan NH. Mana dia nak untuk aku bawak balik. 

Pastu kami nak ke Pyrmont Bridge. Untuk pejalan kaki sahaja. Macam menarik. Tapi sebelum tu, kami sempat singgah main ni. 
4 orang $30



Kami 'charter' Star of the Show ni sebab kami je sudi naik time hujan ni

Kami teruskan perjalanan ke Pyrmont Bridge. Sebelum tu, aku sempat snappy around. Even hujan masih renyai.

Tak sharp sebab pakai handphone ja


Jalan sket lagi.... sambil sembang-sembang. 
Jia you! Then... 
tadaaaa!






Dalam gelap malam, hujan, then penat, kami berlari-lari ke Town Hall station. Jauh jugak la dari sini. Nak buat camana? Ini pilihan. Nak naik Uber, macam mahal sangat. So ikut jela Shark mana nak bawak kami! Malas nak peduli dah bab basah ni.

Kami sampai area hotel jam 10 malam. Shark kena saman sebab letak motor melebihi had. $113! Wow! bukan murah tu dik! Tapi, dia takde pulak ajak kami balik awal even dia tau dia akan disaman arini! How lucky we are. Sebab dapat kenal dia even kami stranger to him!

The more will come tomorrow!
Kena tidur awal!
Btw, thanks Shark!
(dooo doooo dooooo doooooo)

Comments

Popular Posts