Sydney: Blue Mountain (Day 3)

Salam Jumaat!
Awal pagi, kami dah bangun. Even mata dah macam kena gam. Terpaksa la!
Kelam kabut makan megi sebelum gerak jam 6.20 pagi. 
Kami kena turun di Martin Place Station untuk ke Bangunan 132 Sheraton.
Trip hari ni, mahal harganya. Hahahahha!
Aku dah beli pakej sesiap dari klook.com. Termasuk pengangkutan, lunch (no pork no lard), tour guide, ticket skyway, cable car, railway, cruise via Parramatta river semua la. Cost us RM571/person.
So, jangan terlajak lena!
Bangunan depan Sheraton

Tepat jam 7 pagi, minibus kami sampai. Tour guide kami, Kat. Dari awal kami masuk sehinggalah balik, mulut dia tak berhenti bercakap. Ada jugak apa dia cakap aku tak faham. Tak dapat nak tangkap. Maklum la, English tak pandai! 
Pelancong dari UK

Private tour ni hanya pick up kat hotel tertentu sahaja. Let say kami menginap kat Hotel Lido Suites King Cross, then dia akan mintak kita tunggu kat pit stop terdekat, entrance outside 132 Castlereagh Street. Kat singgah banyak pit stop sebelum kami memulakan perjalanan ke Katoomba.
Macam RnR la ni
Mini bas kami

Jam 9.30 pagi, kami sampai di kawasan skyway. Semua dah termasuk dalam pakej. So kami tak perlu nak fikir apa lagi dah.




Boleh hiking
Magnificent view
Jarak pendek je

Korang boleh jalan kat tengah tu untuk tengok view kat bawah

Then, kami stop kat station berikutnya. Kat sediakan kami tiket masuk. Just scan je nanti. 

Camni la gambarajah BM


Dan aku teruja nak naik railway ni! Gila best!





Menjunam weeiiii!

Pastu kami hiking sket la kat bawah ni. Kat tak putus-putus bagi kami info pasal kawasan Blue Mountain ni. Macam rombongan sambil belajar pun ada gak! 
Railway zaman dulu



Dah penat belajar pasal sejarah arang batu, then kami naik cable car ke atas pulak. 


Madu for free!


Singgah layan view kejap

Singgah makan

Makan dulu!
Suhu 16 degrees



Kenyang perut, suka hati? Dah.. g kencing sesiap! Kat sini payah nau nak jumpa toilet!
Huh! Kami teruskan perjalanan ke Featherdale Wildlife Park. Apa yang ada kat sini? Moh layan gambar!


Kami mai seminggu ja
Moh jumpa Koala!


Mahal gak


Mampu tengok ja


Malas dia ni!

Upah makan
Please take note


Quite mahal

Kami pun dah penat. Dalam minibus terlena je. Kat cakap apa pun dah tak dengar. Kami terus ke Parramatta sebab kami amik pakej termasuk cruising the river.
Tak sempat nak usha stadium








Sampai je Circulay Quay, kami jalan-jalan area Opera House. Ramai orang berlibur sebab malam ni, malam minggu. Weekdays kat sini jam 10 dah takde orang. 
Kami naik cruise ni dari Parramatta

Kami dah penat. Nak cari restoran halal pun dah tak lalu. So, kami decided makan Mekdi je depan Circulay Quay tu. Rupanya atas Gateway tu ada 2 kedai halal! Pffftttt! Takde rezeki.

Lepas makan, kami terus balik hotel. Esok nak bangun awal lagi! Haiyoooo! Cuma kali ni, adik angkat SF bawak jenjalan! 
Yipppeeee!

Comments

Popular Posts