Sydney: From Kuala Lumpur with lapaq nasik oledi (Day 1)
Chaaak?
Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Awal bangun tido hari ni sebab nak check in with passport. Maklum la... Kali ni trip ada Visa. Negara paling songeh pulak kat dunia ni... Haiyo... harapnya smooth! Ameeen!
Kami amik 40kg luggage pergi dan balik. Assumed tak shopping la konon! Cet! Sila pastikan anda takde niat langsung even terlintas lansung di sanubari nak shopping! Perlu diingatkan, shopping kat Australia ni best! Nafsu, sila jangan bermaharajalela!
Aku ngan SF share in-flight entertainment (RM45). Dah pre order 2 kali makan untuk tengahari dan petang. Flight kali ni, ambil masa 8 jam 25 minit. Mesti la bosan kan? Perut asyik lapar je kat atas nunnnn! Haizzzz!
Untuk pocket wifi, aku pilih Roaming Man. Murah banyak dari Samurai. Depends korang mana nak pilih. Kalau Samurai ada sales, boleh je amik.
Penat duduk, kami bersiar-siar kat dalam flight. Kali ni, bosan tahap gaban. Nak tido pun tak boleh. Biasalah, ekonomi class! What u expect?
Beza masa dari Malaysia, 3 jam (mengikut musim semasa). Kali ni, aku kena tukar masa kat jam tangan dan handphone. Risau terlajak lena! How exhausted trip kali ni dengan perbezaan suhu dan masa.
Kali ni, kami jadi tourist. Bukan traveler. Sebabnya aku mintak tolong kawan ig bawak jalan! SF pun kebetulan ada adik angkat kat Sydney dan dia pun setuju nak spend 2 days with us! Well.. memang senang banyak la!
Dalam pada kami dah bersedia awal-awal dari segi kewangan dan ubat, kita tak boleh nak predict the whether. Kami sampai, hujan lebat mengiringi kami. According to Shark, pertukaran musim memang camni. So, kami kena adapt jela... Dengan suhu yang kejap ok dan tak.
Tepat jam 8.10 malam, kami selamat tiba di Kingsford Smith Airport. Dengan teruja plus takut-takut nak melepasi kastam, memang takleh nak tutup muka kami yang cuak ni. Risau kalau ada yang terlepas pandang. Alhamdulillah, kebaikan overthinking ni, tak makan diri! Hehehehe!
Shark dah tunggu kami since 8.40 malam. Berkenalan kami kat situ and tak diduga dia kawan sekolah KA! Well... bumi tu bulat! P mana pun terjumpa semula! Hahahahah!
Train dari Airport ke King Cross $16.70/person.
Harga tambang train tak sama untuk peak and off hour. Aku pun main touch je. Tak sempat nak tengok baki card pun.
Train double Decker |
Pukul 9 malam dah macam tgh malam |
Ok, blur kejap! |
Study your route |
Ini roughly budget yang kami dah keluar untuk hari ni untuk 3 orang:
Grab (Premium): RM110
In Flight entertainment: RM45
Flight meal: RM90 (2x makan)
40kg luggage: RM230
Premium Grab: RM110
Pocket Wifi: RM150 (5 days) Roaming Man
Lido Hotel King Cross: RM2,568
Top up Opal Card: $40/person
Then, kami letak 2 anak tapir kat hotel dulu. Mujur la masih ada orang kat receptionist! Sebab kami lewat 10 minit! Aku dah tulis kat booking tu, nak sampai jam 10 malam.
Walking distance from King Cross Station |
Tak tunggu lama, kami keluar semula nak minum. Adapt to culture sebab diaorang dah mula tutup kedai seawal jam 10 malam. Mujur la sempat beli kudap-kudap kat Convenience Store and minum kat coffee shop.
Mango juice |
Masam ya amat! |
Ok, badan dah penat. Esok, the more will come!
Stay tune!
Comments
Post a Comment