Hamid Restaurant, Hat Yai

Sepatutnya kami makan di Khlong Hae Seafood Buffet Halal Hat Yai selepas ke Khlong Hae floating market. Oleh sebab kami rasa baik buang duit g massage, so kami skip nak makan kat area food street Lee Garden.

Kami mintak Weerak hantar kami ke Lee Garden je. Then kami berpisah kat situ. Balik hotel nanti, kami amik tuktuk jela. 

Sebelum balik hotel, singgah 7E lagi. Banyak sangat kupon yang kami dapat. So NH and HF dan bersiap sedia nak beli makanan kat situ. Ensure korang tengok expiry date tau? Macam burger CP tu, paling elok makan dengan segera lepas beli. Masukkan dalam microwave. Kalau ada intention nak bawak balik, ensure kurang dari 4 jam. Aku pelik camana kat Shopee orang boleh jual burger CP ni? Elok lagi ke bila sampai kat customer? Wallahualam. 

NH and HF habiskan beli Lepan (Kek pisang) yang famous tu jela. Selain tu, Arabus Latte dan Meiji antara yang famous kat 7E Thailand ni. Aku and SF? Kami penunggu beg derang. Maklum la... Bawak duit pun cukup makan je. 

Dah lapar, kami singgah makan di Hamid Restaurant, Hat Yai. Kami tak order macam others sebab dah boring makan berhidang. Kali ni, ala carte. 
Dah bosan teh ais sokmo
Nasi goreng ketam (hambar)
Phad Thai (noodle dia agak keras sket)
Nasi goreng Udang (boleh tahan manis)
Nasi goreng kampung (terlebih kampung, sebab tu hitam)

Entry kali ni banyak bercerita ja sebab aku dah tak larat nak snap gambar. Makanan je aku larat. Hambar! Untuk menu pilihan kami la. Tak sure kalau masakan lain sedap gila? Sebelah menyebelah restoran Hamid ni ada banyak pusat massage. Pilih je nak yang mana.

Untuk foot scrub, 200Baht, foot massage 250Baht for 1 hour dan oil body massage 400Baht untuk sejam. Lega. Semua kami buat! Tapi bukan dalam masa yang sama. Sebab nak massage kena 30 minit selepas makan.

Sekian saja untuk hari ni. Depa ajak p ASEAN night market lagi. SF craving nak beli dress yang dia tengok NH beli semalam. Layankan jela. 100Baht untuk 4 orang dari Lee Garden Plaza.

Comments

Popular Posts