Kai Tod Decha, ASEAN Night Market, Greenway Night Market
Oleh sebab kami spesis tak tahan sabar nak try makanan Thai, lepas letak beg, tukar baju stretching muscle konon ada, kami nak food hunting pilihan rakyat Malaysia! Memang betul-betul typical Malaysian ni! Hahahaha!
Berdasarkan google maps, kami berjalan kaki ke Kai Tod Decha. Walking distance, around 800m je dari hotel. Saja bakar kalori sebelum menambah kalori berganda!
Dalam masa yang sama, aku dah whatsapp Suthida, ex colleague aku waktu dia keje kat CP Malaysia. Sekarang dia dah balik Thai. Keje kat CP Mahachai, dekat dengan Bangkok. Kebetulan minggu ni dia balik Songhkla, sebab tu aku arranged nak jumpa dia kat sini. Banyak word Thai aku belajar dari dia and certain khun Thai kat kilang.
Aku tak snap all menu tau? |
Banyak pilihan makanan kat sini, Untuk tomyam saja, ada pelbagai. So kami order 2 jenis. Seafood dan ayam. Rasa kuah tomyam pun lain. Tu belum tomyam putih! Malas nak tamak. Padahal, order malam ni pun dah dikira tamak. Hehehehe!
4 ketul ayam |
Somtam |
Sotong telur masin |
Tomyam ayam (kai) |
Tomyam seafood |
Teh ais |
Total makan di atas, 1375 Baht untuk 4 orang. Aku letak kat budget makan kat sini 1400Baht. Still in the budget. Boleh la top up makanan untuk restoran/kedai lain pulak nanti.
Then, kami tak buang masa. Kalori terkumpul tadi nak kena reduce semula dengan membakar lebih metabolisme dalam badan! Hahahaha! Tau takut? Risau kolestrol aku tinggi je! Nak kena maintain sebelum buat medical check up.
Naik tuktuk ke ASEAN Night Market, sorang 40Baht. Biasa la kalau nak ke night market ni. Mesti nak tanya harga dan tawar menawar kan? Meh aku selit-selit bahasa Thai yang aku tau kat sini. Korang yang pompuan (phu ying), kena letak kha kat belakang ayat. Untuk lelaki (phu chai), khap.
Yang ni, berapa harga? = An ni tau rai na kha/khap?
Berapa harga? = Tao rai na kha/khap? (aku pompuan, so letak kha)
Boleh diskaun? = Lod dai mai na kha/khap?
Tak boleh= mai dai
Boleh: dai/chai
Cantik= Suay
Sangat cantik= Suay mak
Warna: see
Merah: See deng
Kuning: See le-aang (guna lelangit untuk pronounce)
Biru: see namngen
Hitam: see dam
Kelabu: see thau
Putih: see khaw
Warna muda/pastel: see orn
Nombor:
0= soon
1= neng
2= song
3= sam
4= si
5= ha
6= hok
7= jed
8= ped
9= kao
10= sib
11= sib-ed
12= sib-song
13= sib-sam
20= yee sib
21= yee sib ed
30= sam sib
40= see sib
50= ha sib
100= neng roy
110= roy sib
120= roy yo sib
130= roy sam sib
140= roy si sib
150= roy ha sib
1000= neng pan
Ini je la yang aku tau. Nid noi (sikit je) phut Thai na kha. Kalau ada lebih kang, aku selit selit bahasa depa kat sini. Kat kilang pun, cakap omputeh je. Selalu broken English jela. Hehehe! Sebab tu aku tak pandai-pandai nak speak fluently in English! Jadi, aku dah nampak nak salahkan sapa! =p
Berbaloi ke tak nak datang ke ASEAN Night Market? Bagi orang takde duit (Mai mi tang) macam aku, memang berbaloi nak shopping souvenir. Kat sini, harga boleh tawar ada yang tak boleh (Mai dai). Level 2 ada food court yang menyediakan banyak jenis makanan. Sila lapar ye kawan-kawan!
Bargain sampai jadi 80B/shirt dengan syarat kena beli lebih 4 helai |
Ada satu kedai jual t-shirt bebudak je. Harganya 80B/sehelai. Then aku beli over than 9 helai, dapat free gift, 2 tali pinggang bebudak. Amik jela.. orang nak bagi free kan? Untuk gadis-gadis atau mak-mak yang feminin, boleh je beli dress dengan harga 400-1100B sehelai. Ikut design. Palazo pun xde la murah sangat. 150-280B sehelai depends design. Blouse pun cute sangat! Tapi aku tak beli sebab jenis aku suka beli tapi tak tentu akan pakai! Hehehehe!
Dah puas berjalan lalu lapar? Ayuh ke tingkat atas! Aku dah menggeletar tahan nafsu nak makan. Perut kenyang (iim). Jangan turuti nafsu. Ayuh bersabar!
Jauh lagi perjalanan hidup korang nak shopping |
Lupa la berapa NH beli |
Jit noi (senyum sikit) |
Seketul 5Baht |
Kencing manis dok sini lelama |
Memandang sepi |
Ruang makan, agak besar dan crowded. Korang boleh plan datang awal sket untuk jalan-jalan beli belah dan shopping kat area night market ni. Then boleh makan kat sini. 7E pun bersepah. Ada machine ATM kat situ.
Then, kami jalan kaki ke Greenway Night Market pulak. Dari ASEAN ke sana dalam 600 meter saja. Kat situ lebih ke arah korean style dan jualan tani. Sebab NH beli berry rice dengan harga 75Baht saja 500 Gram. Beras pulut dan hasil tangan macam beg mengkuang pun banyak.
Sila bawa bersama bagpack ye? Kang jadi macam budak SF ni. Terpaksa kendong! Hahahah! Kami kat Greenway ni, 20 minit camtu je. Sebab aku tak shopping. Then kami nak ke Lee Garden untuk massage. Kali ni, nak foot massage dulu. Kami naik motor tuktuk tu. Aku tak sure panggilan kat sini. Kat Indo, Gojek. Sorang 40Baht. Best la naik motor macam sarkis! Sebab 2 orang pembonceng! 3 orang 1 motor! Yeeehaaa! Bila lagi nak try kat tempat orang kan? Kat Mesia malu! Beg letak kat depan badan korang.
Yearghhhh! Kami conquer sebelum makin ramai manusia masuk! Foot massage, 250B/hour. Kalau foot scrub, 200B. Body massage 400-600Baht depends nak Thai Massage atau massage with oil. Yang keruuppp keraaap kepak badan tu, Thai Massage 400Baht untuk sejam setengah.
Ada berani?
Comments
Post a Comment