Songhkla Province: Tang Kuan Hill, Lunch at Bung Sem Muslim Food

Hari yang hangat kami teruskan jua. Kepala dah start berdenyut sebab panas mentari di perantauan. Mana yang datang bawa anak kecil, yang pakai baju tebal-tebal tu, sila bawa bersama topi dan kipas ya? 

Next agenda, kami ke Tang Kuan Hill. Dah banyak kali aku ke Hatyai atas urusan kerja, belum sekali pun berpeluang jejak kat sini. So, hari ni dengan NH, SF dan HF tu, kami sama-sama nak explore apa yang menarik kat situ.







Ohhhh! Ada lift! Yeeyyyy!

Nasib kami baik. Tak terlalu ramai waktu kami sampai. Kalau tak, kena beratur nak naik lift. Just wonder kami kena mendaki tangga nak naik ke puncak Tang Kuan ni. Rupanya meleset! Bayaran 30B/person dikenakan untuk kami. 


Pagoda
Tak tahan hangat


Weerak ajak turun ke bawah
Sediakan stamina
Weerak




Cantiknya view dengan langit dan warna pokok!
Fuhhhh! Kena daki tangga lagi?
Weerak ajak jalan short cut

HF tak turun. Dia dah semput katanya. Hahahaha! Tunggu la beliau kat puncak nuuuuu! Kami agak extreme walaupun panas. Rehat kejap, then kami queue nak turun ke tempat kami naik tadi. Sebelum tu ada orang akan snap gambar kita kat bawah. Terpulang la nak beli ke tak. Harga gambar dengan bingkai, 140Baht. Aku beli sebab gambar nampak bertenanga walaupun hakikat tidak begitu! Kihkihkih!

Weerak cerita pasal navy base. Dia tanya, nak masuk ke sana tak? Aku jawab tak perlu. Sebab karnival tentera laut kat Lumut pun aku tak pegi inikan pulak nak masuk navy base kat Thailand ni kan? Last2, dia singgah jugak! Rupanya dia navy kat situ! Cisssss! Patut la beria! Dia buat part time je jadi driver Grab ni. Rezeki kami, dapat tengok base camp negara orang. 

Pastutnya kami singgah snap kat Payanak (Naga Statue) tu. Tapi memasing dah tak larat nak hadap panas. Pastu kami lalu je. Buat syarat 'dah sampai'. Few years ago, lepas meeting kat sini, boss aku penah bawak. Sekarang kepala naga tu under construction. So, orang awam tak dibenarkan masuk. Belah luar je boleh snap gambar. 


Sekarang dah jam 2.14petang. Patut la lain macam hangatnya kat sini. Perut dah berdangdut tanda lapar. Aku dah tak sabar nak makan. Weerak bawak kami makan kat Bung Sem Muslim Food. Layan pantai nan biru oiiii! Tapi hangat tak boleh bincang. 












Macam nak order semua! Haus!
Tempting masyaAllah!
Weerak served us! Hahahah!

Udang petai
Bestnya tembikai ni
Kengsum ikan siakap. Aroi!
Ikan bakar arang
Ragut apa panas ni?

Kat Bung Sem ni ada disediakan tempat solat. Jadi, korang boleh solat sesiap kat sini. Jauh lagi perjalanan nak jejak. Rasa nak ajak balik ja sebab panas takleh bawak bincang! Namun, kuturuti juga sebab ada banyak lagi tempat belum pergi. Total makanan kami tengahari ni, 1730Baht untuk 5 orang.

Macam biasa, kita sambung next entry. Nak buat kopi pulak. Sakit kepala nak sambung menaip. Huh!

Comments

Popular Posts