Padang Besar to Hat Yai by ETS

Assalamualaikum!
Arun sawad (good morning) kha phi/nong? (Cakap dengan lemah lembut, ok?)

Ke mana kita kali ni? 
Hat Yai, Thailand!
Ok, trip ni ringkas ja, tapi sengaja nak buat banyak version supaya korang boleh pergi sana dengan smooth dan tenang.

Trip kali ni, kami naik ETS dari KL Sentral ke Padang Besar jam 7.12pagi. Ensure datang sebelum 30 minit berlepas ya? Nak breakfast pun, dipersilakan. Sebab kalau makan dalam train, bergolek ke kanan ke kiri time nak menyuap! Tak feel! Huh!
ETS Gold to Padang Besar: RM76
Orang dah mula ramai jam 6.30pagi
Masa berlepas jam 7.12pagi

Keterujaan kami nak naik ETS ni sebab nak sambung tido je! Hahahaha! Sebab semalam, kami menginap kat hotel area Little India tu. Sempat la aku dengan SF layan Joker! Jenuh aku cubit and menguap! Hampeh punya SF! Cerita hape yg dia ajak aku p layan ni! Huh!
Dari Level komuter, ERL, naik level 2 untuk ETS
Macam nak try business class nanti 

Lepas terlena beberapa jam, bangun lapar. Jangan risau.... korang boleh beli makanan kat cafe. Harga boleh tahan mahal la. Macam kita naik AirAsia gak la... Cuma nak menyuap tu rasa tak selesa sebab train kejap ke kiri ke kanan. 
Total: RM21.60 
Layan saja





Tepat masa, 1 petang, kami dah sampai di Station Padang Besar! Hangat lit lit oiiihhhh! Sila bawa bersama topi dan kipas tangan/USB. Anda sangat-sangat memerlukan!
Tak hensem macam shinkansen

Moh kite naik atas!

Kami ada banyak masa sebelum nak chase minivan. Melalui blog orang lain, kena naik teksi la, baru ke minivan station. Kami decided tamau tunggu local train ke Hat Yai sebab buang masa nak tunggu kaunter train jam 3.40pm waktu Thai bersamaan 4.40pm waktu kita? Ohhh noommm! Tapi kali ni, urusan sangat dipermudahkan! Kenapa?
Sila simpan no depa ni guysss!
Return RM40

Save dah bajet kami konon nak charter minivan untuk kami saja 800Baht. Kalau nak tong-tong dengan orang lain, 50Baht/person. Kena tunggu sampai van penuh. Ohhhh tidak! Trip kami, berlagak style! (Padahal duit takde) Tang mai po (duit tak cukup) Hahahah!

Ada pakcik approached kami waktu keluar tu. Then kami memula macam terpinga-pinga la jugak. Then, tak sangka dipermudahkan urusan. Bayar RM20 dan extra RM2 nak bg habuan kat abam immigration Thailand! Huh! Kalau korang naik kereta sendiri, tak payah la bagi.. Eradicate corruption! Tu dikira corrupt tak? Macam situasi kami, terpaksa bagi. Sebab aku teringat kawan Thai aku pesan supaya jangan biasakan bagi duit kat depa. Alhamdulillah, smooth untuk immigration Malaysia. Tiada wang diselit-selit ye!

Apapun, kami tamau rushing masuk Thai sebab kami nak mengenyangkan diri dulu sebelum masuk ke Thailand. Ada kedai makan kat atas.





Nanti rindu masakan Mesia.. =P




Kami tunggu geng ETS sampai 2.20pm sebab geng yang sampai ngan kami tadi dah pergi dulu. Nanti staff SD tu tolong isi borang White Card sebab kami ada banyak masa terluang. Siap boleh makan, solat dan g toilet. Done cukup 1 van, kami mula gerak ke immigration. 


Ada tangga curam nak turun. Jenuh la nak angkut beg nanti

Urusan immigration Malaysia went well! Laju je. Then naik minivan, terus ke border Malaysia-Thailand. Barang-barang semua tinggal dalam van. Korang beratur nak cop passport. Masa ni, driver van dah collect RM20+RM2 tu sebelum gerak ke border tadi. Settle cop passport, minivan dah tunggu kat depan. Dari border ke Hat Yai, dalam 50 minit pemanduan. Jangan sakit jantung dengan jalan raya di Thailand ye kawan-kawan!

Kami selamat tiba di Train Hotel, Hat Yai! Betul-betul dekat dengan station keretapi Hat Yai! Belum masanya kami nak try blend with local naik train dari Padang Besar ke sini. Malas nak tunggu! Urusan check in smooth je. Aku terus beli simcard kat reception, 150B dengan bayaran deposit 500Baht/room. 

150B untuk 5 hari

Kami terkocoh-kocoh letak barang dan tukar baju. Maklum la, excited nak berhuhu! Alhamdulillah, mendung berarak petang ni. Jangan la hujan. Sebab kami plan nak berjalan kaki saja instead naik tuktuk. NH dengan HF nak beli barang kat 7E. Belum pape dah fikir shopping. Heheheh!

Ok, we meet at the next entry!

Comments

Popular Posts