Tempat Makan Lesehan

Selamat siang!
Assalamualaikum!

Anda craving makanan dari Indonesia di mana pedas berapi tak cukup segelas air sebab pedas namati? Anda inginkan kelainan untuk tekak anda? Anda juga mahu berada di dunia Ada Apa Dengan Cinta bersama Rangga dan Cinta? Ohhh dibuaaaaai ommm!

Ya iya ibuk bapak sekalian... saya ada solusinya!

Mari terjah Tempat Makan Lesehan di Lestari Perdana, Seri Kembangan! Yukkkkkk! Memedaskan lidah anda!

Aku pun tak sure camana aku dapat tau pasal tempat ni? Maybe lepas layan filem Indonesia gamaknya? Atau trip aku nak ke Bandung KIV sebab gempa sana sini. Ohhhh! AKu tamau amik risiko selepas Lombok tahun lepas. Gegaran tu dok terasa sampai sekarang! Fiuhhh!

Sore itu, aku ajak MF try test uji restoran rasa seberang ni. Nak gak try makanan Yogya! Dari Semenyih ke sini dalam 30 minit. Korang boleh check google maps.



Ohh... JJCM dah mai sini

Waktu kami sampai, kedai ni sepi. Betui ka sedap? Jangan judge the kedai takde orang kalau belum cuba makanan depa naaa... Hikhikhik!
Macam menarik je semua
Kita tanya apa yang famous terus
Up to date gak airnya
Pilihan set

Kedai makan ni simple. Kena duduk bersila. Aku tak biasa, memang naik lenguh la kaki ni. Tapi sebab terpaksa dan takde pilihan, kita bersila bersimpuh la sama-sama. Aku pilih Mee Goreng Jawa. MF pulak Nasi Bergaduh. Worth bergaduh ke tak?


Try gak western, chicken chop

Dipendekkan cerita, worth bergaduh dengan banyak pilihan menu dan sambal! Aku siap tapau sambal yang depa jual lagi! Chicken chop pun sedap. Bad reviews kata, customer service tak best! Tu aku akui gak la, sebab orang yang amik order tak berapa nak mesra rakyat. Atau dia baru ja keja kat Malaysia? Husnuzhon plisssss! Untuk rate attitude pekerja, itu jela yang x syoknya. Makanan memang best. Menyengat! Tak sesia keluar jejauh nak makan.
1 RM14.90 beli 2, RM25

Comments

Popular Posts