1825 Gallery Hotel, Waronk Avenue

As salam dan salam sejahtera! May u are always happy and healthy! Tamau depress tau? 

Kali ni, aku nak share ngan korang hotel kiut dekat dengan Sungai Melaka. Dah lama nak share, tapi tertinggal pulak! Sementara free ni, then kita check it out apa yang ada. Kalau korang menginap kat hotel ni, ada parking disediakan. Hotel belah kiri, alert nak masuk lorong ke kiri then lorong belakang bangunan ke kanan! Haa... dalam 50 meter dah jumpa parking hotel ni.







Okay, dah parkir kereta korang dengan selamat? Maka, sila berjalan ke arah hotel sama ada dari belakang (sebelah sungai Melaka) atau ke lobi di hadapan bangunan. Kami ikut belakang je. Then jumpa dengan cafe hotel.





Urusan check in, smooth. Kita dikenakan deposit sebanyak RM200/room. Harga bilik pun tak terlalu mencekik darah. Kalau nak menghadap sungai Melaka, sangat disyorkan. Aku amik bilik biasa saja. Tu pun dah cukup besar.




Setel solat, then perut dah lapar. Jom jalan-jalan area sungai Melaka? Aku dah lama usha dulu lepas balik dari HR aritu, ada 1 kedai tepi jalan, nampak macam unik. Nama kedai tu, Waronk! Jom try nak?









Ambience dah menarik, konsep kedai makan, berupa stalls dalam tu. Okay, nanti waiter akan datang ambil order. Once order dapat, bayar on the spot kat penghantar makanan tu. 




Komen jujur dari aku, makanan biasa saja. Nasi goreng tu, sedap bila panas. Teringat arwah tok goreng nasi pulak. Dumpling tu, terasa basi kat hijau tu. Tak sure deria rasa aku semata atau betul. Tapi, yang belah dalam okay je, boleh makan. Aku ngaaap je, takde pulak sakit perut malam tu. Nanti kalau datang lagi, boleh try nasi lemak kg Morten pulak. Time kami sampai, gerai tu belum ready.

~Selamat bercuti~

Comments

Post a Comment

Popular Posts