Coliseum Restaurant, IOI Mall Putrajaya

Pejam celik pejam celik, dah separuh Ramadhan kita berpuasa. Semoga bahagian baik daripada puasa kita diterima oleh Allah SWT dan mendapat keberkatan di dunia dan akhirat. Ameeen!

Kali ni, aku nak share ngan korang tempat makan awesome dan sedap (for me) laa... Awesome sebab lighting kedai ni on point. Terang! Aku kan rabun? So payah sket nak jegil biji mata nak makan kot ada geng 3 sekawan yang bila kita ngaap, terus mulut rasa ngilu. Contohnya bunga cengkih ke, bunga lawang ke... Haa... potong terus selera santap aku! Huh!







Oleh sebab plan nak berbuka sama ni on the spot, then aku berharap kedai makan ni tak full la. Aku called jam 11 pagi camtu, then staff suh aku bagi nama, berapa pax and nanti dia akan whats'app menu dan bila dah confirm apa kita nak makan, sila buat bayaran terus. Nanti dia kasi Maybank account no. Mudah bukan? Jadi tak mudah kalau urusan ni, korang makan dengan rakan-rakan tapi depa liat nak bayo. Korang jugak kena dahulukan duit sendiri. Hahaha! Please take note, okay?





Ada extra 10% discount promo for iftar from Monday to Thursday. So, agak untung di situ. List makanan di atas untuk 3 dewasa dan 2 kanak-kanak. Kami tidak melahap berduaan ye kawan-kawan. Hahahaha! Korang dah setel bayar, just send the receipt bukti pembayaran tu tadi. Then, staff akan hantar gambar resit ni dan no meja. Kang kat depan tu, just tunjuk resit je.











Over all, kami menikmati semua makanan dengan rasa nikmat kecuali mashed potato je. Sedap lagi kat KFC. Hahahah! Maybe sebab rasa clean kot? Jadi, aku tak berapa nak gemor. Padahal dah ok. Heheheh! Boleh repeat sekali lagi. Untuk daging ribeye dan sirloin, korang boleh pilih sama ada grilled atau sizzling. For your information, speciality kat sini sizzling. Sebab tu kami cuba ribeye sizzling. 

Lepas solat, jalan-jalan kejap, then kami lepak mengopi kat Starbucks. Bincang kejap hal negara, takleh rentas, bila nak pilihanraya (tiber) and so on, baru kami berangkat pulang. 

Apapun, jaga diri bebaik ya?
Salam Nuzul Quran.

Comments

Popular Posts