Tony Roma's, IOI Mall Putrajaya

Assalamualaikum dan salam Ramadhan! 

Berbuka puasa kali ni, kita tried makan ala western pulak even tekak aku dari 1st Ramadhan craving nak makan murtabak! Tapi sebab nak Q panjang kat Bazar Ramadhan, so aku jadi malas! Check on food panda and Grab Food pun takde kedai yang jual. Haizz! 

Tujuan makan kat Tony Roma's ni, sebab teringin nak merasa ja. Takde pulak keinginan nak makan kambing pun. Plus, dekat dengan surau LG. 



Kami booking table jam 2 petang untuk mengelakkan daripada full house! Kengkonon Jumaat ni tak ramai orang? Ternyata fikiran itu meleset! Full house! Kami sampai di restoran jam 6 petang, terus order makanan. Plan nak solat dulu baru datang, tapi waiter tu risau makanan kami lewat sampai, so kami decided order terus, then sambung merayau sementara tunggu waktu berbuka.









Orang sakit lepas kena cucuk nak makan jugak red velvet tu. Aku dah habaq awai, confirm tak habis ni! Adeehhh! Dan yang paling utama, ciri-ciri makanan kat sini bukan daripada selera kampung kami. (Tapi gatai nak makan ala omputeh!) Ceh!





Dipendekkan cerita, makanan yang kami order, Fried mushroom dan red velvet je kena dengan tekak. Nasi makan dengan ayam tu, okay la untuk berbuka. Apapun, kalau korang berminat nak berbuka kat mana-mana restoran, dinasihatkan supaya booking dulu sebelum datang dikhuatiri korang tak dapat meja on time sebelum berbuka, otherwise korang light berbuka dulu, then datang lepas orang lain beransur dari kedai makan, it's good. 

Comments

Popular Posts