Taman Alam, Bukit Melawati, Kuala Selangor

Hai korang?! Apa khabar? Sebelum menuju Ramadhan kareem ni, seeloknya aku all out dulu mana yang sempat. Kasi chance mengubat lara sebab tahun ni masih tak nampak bayang boleh keluar negara. POD Form Air Asia pun dah submitted last week, dah cop apa semua, then tunggu masa airlines pulak nak suh buat perkara sama, otherwise kena fly jugak kan? Apapun, tunggu turn untuk suntik vaksin. 

Sementara tu, jom kita jalan-jalan kat negeri Selangor nak? Simple je tempatnya. Taman Alam bersebelahan dengan Bukit Melawati. Timing silap, ramai parent nak hantar anak-anak masuk asrama, so jalan Kuala Selangor banyak kereta! Kalau tak, boleh lajak main pokok padi kat Sekinchan, Sungai Besar pulak. 












Bukan setakat sightseeing dalam mangrove, tapi korang boleh menginap kat sini. Macam aku, memang tak minat hutan! So, tak amik pot sangat. Bayaran masuk untuk dewasa sebanyak RM4/orang, warga emas RM2/orang dan kanak-kanak RM1/orang. Sebelum memulakan perjalanan masuk, pastikan korang dah membuang air kecil, air besar sesiap sebab kat dalam tu takde toilet.




Ramai pengunjung tak teruskan perjalanan sebab bersangka hutan semata-mata. Untuk pencinta burung, memang sangat sesuai la tempat ni. Aku ni, sekadar nak merayap je. Malas dok rumah! Heheheh! Lepas jumpa jambatan, korang boleh pilih sama ada nak ke kiri atau ke kanan. Kalau terus, ke Menara Peninjau. Aku skip. So, kami mulakan perjalanan ke sebelah kiri. 

















Okay, lepas dah penat melangkah dalam 4km ke dalam, then kami makan ice cream bila dah selamat sampai kat luar. Nak naik Bukit Melawati pulak. Kereta dah tak boleh naik ke atas, tapi ada traktor yang angkut kita naik. Ala buggy gitchewwww...





















Kami malas nak turun waktu sampai kat atas. Terus turun bawah je. Saja-saja naik sebab nak merasa naik traktor. Hahahaha! Lagipun, cuaca panas. Aku pun dah plan ngan MF nak p cari baju raya kat Pokok, Setia Alam. Badan pun dah melekit lepas trekking kat Taman Alam tadi. 

~Selamat bercuti~

Comments

Popular Posts