Bukit Jugra, Cafe-cafe Restaurant, Kampung Attap

Bulan Ramadhan ni bukan beerti kita kena bermalasan kat rumah semata-mata tanpa buat apa-apa aktiviti. Macam aku, memang kaki takle duduk diam, maka akan plan walaupun boleh stay dalam negeri sendiri sahaja. Hukhukhuk! Sedih! Plan kena kawtim dengan orang yang ready to go macam AB! Hahahah! Mana kita ni? Jom's jalan-jalan! Bukit Jugra here we go!





Teringin gak nak paragliding kat sini. Tapi bulan puasa ni, dengan aku pun pakai dress, merepek hape haih nak fly? Plus kena ikut cuaca dan keadaan angin jugak. Then baru boleh fly. Kalau tak silap aku, dari RM180-250 jugak sekali terbang dengan tandem. 

Nak menuju ke puncak , boleh berjalan kaki atau berkereta. Cuma kena hati-hati sebab jalan kecil and curam. Kalau aku pakai baju biasa tadi, memang nak hike sampai atas sebab tengok geng Chinese naik pakai sport attire tadi. Lain kali jela datang lepas bulan puasa.
















Amacam? Indah tak suasana desa? Hahhaha! Rindu nak balik kampung btw! Tapi apakan daya... Terpaksa tumpang kampung sesapantah ni? Anggap la kami memang berada di negara jauh so sedap sket la nak dengar lagu Dendang Perantau tahun ni. Huhuks!

Then, kami decided nak ke KL untuk berbuka. Sebelum tu, aku bawak AB jalan-jalan tengok Pantai Kelanang kejap. Snap lebih kurang and blah. Sebab baru jam 3 petang. We need to kill the time for a simple sightseeing jugak. Dalam masa sama, aku ligat plan nak berbuka kat mana malam ni. Called many restaurants, memang full house. And lucky us, satu restoran ni masih ada kekosongan. Guess what kind of restaurant? Oh-la-la... Ni nak berbuka ke nak dating? Hahahha! Cafe-cafe Restaurant, Kampung Attap. Tepi jalan je tau?






Bonjour! Ini adalah makanan Perancis! Oh maaaan... Aku tak makan western! And menu kat sini memang bukan standard aku nak order mengkhinzir buta. So, kena tengok betul-betul nama menu, dan jenis masakan. Aku tanya waiter, tak dicampur dengan any wine. Aku pegang kata-kata dia jela. Dress code kat restoran ni, tak dibenarkan pakai sandal, selipar. Sila bersiap macam korang nak ke office tau? Lucky us, memang aku pakai dress and AB kemeja. Cuma sandal je dia tukar tadi sebab kasut dia penuh dalam bonet kereta. Cis!











Oleh sebab aku tak makan itik, so main menu kami amik nasi jela and escargots. AB memang tak pernah makan sebab dia tengok spesis siput tu pun lain macam. Hahahah! Korang dare to try, sila try. Rasa biasa je, cuma sos escargot tu sedap! 






Lepas makan kat sini, kami lari ke Suraya Seafood! Perut tak kenyang! Hahahahaha! Total makanan kami tadi, RM184. Okay la untuk mencuba sesuatu yang baru kan? Nasi pun sedap even bukan kena dengan tekak nusantara ni. Heheheheh! Licin! Korang boleh booking melalui telefon sebelum ke sini.

~Bon apetit~

Comments

Popular Posts