Kg Salang, Tioman


Kami baru je balik dari Thailand. G keje kejap, then Jumaat malam dah gerak ke Tanjung Gemuk. Family MF datang dari Meru ke Semenyih. Gerak 2 buah keta.

Tengah malam, kami slow-slow ikut Kuala Pilah-Muadzzam-Kuala Rompin seterusnya tiba di Jeti Tanjung Gemuk jam 5.30 pagi. Parking RM30 untuk 3 hari. Ada ja yang jaga parking. Tahun lepas aku pergi dengan kengkawan, parking dah penuh, ada orang yang offer rumah dia as tempat letak keta. Sama jugak harganya.

Kami amik pakej Salang Sayang Resort, Kg Salang. 3D2N= RM460/person, Feri+Marine park= RM75/person. Marine park sorang RM5. Maknanya feri RM70/person. 

Di Jeti Tanjung Gemuk, korang yang lapar, toksah risau.. ada ja kedai makan yang dah dibuka. Surau pun ada kat dalam kawasan jeti. Telekung solat untuk wanita pun ada. Nanti, sampai je kat jeti, terus beratur ke kaunter tiket untuk tukar voucher kepada tiket feri 2 ways dan kupon. Kami naik feri jam 7 pagi.
Pukul 5.30 pagi orang dah beratur weehhh!

Pastu kena beli tiket Marine Park pulak

Sebelum ni takde eh?

Feri kami on time dah gerak. Orang pun baik-baik. Behave je beratur elok-elok. Takde macam lepas kandang. Oleh sebab Tioman ni terbahagi kepada kampung-kampung, maka amik masa 2 jam setengah jugak untuk kami sampai ke Kg. Salang. Paling jauh antara kampung-kampung lain.

Lokasi Salang paling hujung dari Kg. Genting

Jam 9.45 pagi, kami selamat sampai di Jeti Kg. Salang. Tak banyak beza dengan Kg. Paya waktu aku datang tahun lepas. Kat sini, banyak kedai makan dan lebih meriah dengan divers.

Resort tinggal








Perut dah lapar. Kebetulan orang yang menginap sebelum kami sampai dah check out awal pagi. So, bilik dah tersedia. Letak beg, terus g food court dekat dengan jeti. Tapi, jangan lewat sangat. Sebab makanan pagi terhad! Ramai je kat sini tak ambil pakej. Just booking bilik ja. Harga makanan, memang Yahudi jugak la! Hahahah! Maklum la... pulau!


Family room. 2 katil Queen





Tempat kami menginap

Lunch kami disediakan secara makanan berhidang. Jadi le. Pastu aku balik bilik and krrroiiihhh! Penat dah! Semalam g keje, pastu tgh malam dah gerak datang sini. Mood Thailand pun masih di jiwa. Hahahah! Petang sket, baru aku keluar meninjau. Nak mandi, tak sampai hati. Banyak obor-obor kat sini. Tapi tak bahaya la. Orang sebelah bilik la yang bagitau sebab depa divers. Obor-obor yang tak banyak tantakel tu tak bahaya kata deme.

Petang sket, lapar lagi. Jom la makan? Kami pergi kedai makan belah hujung sana pulak. Banyak port dive kat sini. Tak perlu ada lesen pun boleh ikut depa dive. Sedia RM150 saja. Pakej lain aku tak pasti.



Dinner malam ni pun makanan berhidang jugak. Esoknya kami buat island hopping. Semuanya dah termasuk dalam pakej. Nanti pihak resort akan bagi sorang satu life jacket dan snorkel. Kalau hilang, sila tanggung bayar balik eh? Jadi, jaga elok-elok.



Petang last, aku jalan-jalan snap around jela. Dah takde hape nak buat. Nak berenang, obor-obor banyak mati. Rasa geli pulak nak mandi. Kawasan sini pantai dia banyak karang yang mati. Kena pakai kasut renang tau? Kang luka kaki korang kalau terpijak.








Untuk yang suka hidupan laut, Tioman adalah tempat yang sesuai untuk korang layan coral dan aqua. Aku tak suka snorkel. Cuma suka g pantai ja. Sebab aku suka sunset. Kali ni, awan tebal. Tioman dah lama tak hujan. Petang tu jugak hujan kejap! 1 kelegaan untuk warga Tioman sebab depa risau kena catu air bersih. 


Dah selamat tiba di Jeti Tanjung Gemuk day 3. Untuk yang amik feri dari Tjg Gemuk, sila punctual. Patutnya feri kami jam 9 pagi dari Salang. Jam 8.45 pagi dah babai jeti Kg. Salang! Gila aahhhh! Breakfast pun, patutnya jam 9 pagi baru tersedia, tapi sebab owner resort prihatin, dia sediakan kami nasi lemak jam 8 pagi. Pukul 8.20 pagi kami dah tercangak tunggu feri. Do not let other people waiting for u oleh sebab kelewatan korang pulak ya? 

Alang-alang di Kuala Rompin, sila singgah makan udang galah kat pekan nuuu... Harga ikut grade. Hati-hati bila nak mencedok. Kami teruskan perjalanan risau jalan jem. Maklum la... cuti Hari Malaysia? Kami selamat sampai Semenyih jam 5.20 petang. Sempat mendobi!

Comments

Popular Posts