The Top, KOMTAR Pulau Pinang

Kenapa KOMTAR ada Dinasour?


Haaaaa.... Apa ada di Penang? Selain mee pata, teh tarik kaw tepi jalan, doyan merah, laksa  jangguih, etc, ampa boleh mai The Top, KOMTAR Penang! Yaaaaa! Masuk kena bayar ye kengkawan semua. Ikut pakej! Kalau setakat nak naik menikmati panorama kat atas nuuu... membaham dengan si dia atau keluarga, boleh je naik dan makan! Time sunset sangatlah dialu-alukan!


Memula ayah aku macam pandang enteng bila aku ajak ke KOMTAR. Maklum la.. dulu beliau keje kat situ. Sebelum dinasour ada lagi kat bawah tu makan rumput. Kikikiki! Aku tunjuk The Top, ayah tanya, ni kat China ka? Huh! Sebagai traveller kental, kita kena explain dengan penuh kasih sayang. Ini kat Penang, Yah.. Jom la p! ***Merengek-rengek nak mintak pelempang!

Nama KOMTAR diambil dari nama Tun Abdul Razak. Nama penuh KOMTAR ialah Kompleks Tun Abdul Razak. Bear in mind tau? Ni ada dalam buku sejarah aku dulu. Sekarang silibus dah bertukar, so tatau apa depa letak dalam buku sejarah Malaysia dah. Saja bebuat terar depan MF! Sebab dia baru tau! Kahkahkah!
Pintu masuk dari parking Level 5
Masuk ke kiri, beli tiket
Sila pilih mana yang berkenan

Dah pilih apa yg berkenan? Ok, aku amik FUNPASS package. Untuk dewasa normal RM74/person, kanak-kanak dan warga emas teras masyarakat RM45/person. Encik Ayah dan Puan Emak dalam kategori teras masyarakat tu. Huhuhuhu! SST tidak dikenakan. Allhamdulillah!
Jangan cuit-cuit! Kos ni saja RM25k


Termasuk FunPass. So, just scan je sebelum main kecuali Dino Gym kena bayar RM10/person
Sila check tinggi
Tak berani masuk
Kedai makanan Jepun



Firstly, mesti lah nak naik The Top dulu. KOMTAR dulu bangunan 65 tingkat je. Pastu, lepas renovate, tambah lagi 3 tingkat. Tingkat 68 tu la ada The Top! Restaurant pun ada. 
Snap gambar kenangan RM90 untuk 2 keping! Fuhhh!
Level 65

Meremang tengok sejarah KOMTAR diupgrade
Penang la ni...

Apa? Tak cukup tinggi? Inginkan kelainan? Isy...isy.. pastikan anda tidak gentar dan paras gayat  anda maksimum yang boleh! Ini kat Level 65. Lift smooth je walaupun dari Level 4 tadi. 
Aku terasa waktu pijak ni dah terjatuh ke bawah!
Nak mencabar lagi? P jalan kat luar nuuun!


GAMA: Shopping complex Mak Ayah bawak sopim dulu-dulu
1st curved tower in the world weeeiii!

Fear factor


Kalau korang nak mencabar iman dan gayat, boleh try berjalan kat luar bangunan KOMTAR ni. Harga berapa? Pemegang Mykad, RM159 and kena follow the term n condition la nanti. World highest ropes course? Gila!
Level 65


Lepas berlegar-legar kat Level 65, terus je queue nak naik pulak ke Level 68. Kat situ ada restoran. Aku dah panas. Penat berhuhu kat atas tu. Berani la konon! Padahal, dup-dap jugak time nak berjalan kat skywalk tu. 
Level 68



Kami minum kat sini. Haus beno! Memula Puan emak takmau minum. Elee.. nampak ayah order air kelapa, baru la dia pun tersipu nak order minuman gak!
Mocha: P mintak gula plissss!
Vanilla ice cream

Fuhhh!
Deco Halloween skrg ni


Tak amik banyak masa kat  atas ni, sebab kami nak cover banyak tempat lagi. Antaranya, MirrorMaze, 7D Discovery, Jurassic Research Center, Top Boutique Aquarium, Jelly Bump, Durian: The King of Fruits, Penang State Gallery, Musical Carousel, Ocean Explorer (Under maintenance), and Tech Dome Penang! Kami sempat amik yang menarik je. Tak hadap semua sebab ayah dah tak larat.
Indah gambar dari 7D?
Ada timing dia tau? 
Kita try ni pulak lepas kecewa dengan 7D
Fossil
Baby dinosaur
Chaaak?
Dia gerak-gerak tau?
Tak terjaga
Nampak lawa ja
Baru 2 tahun dah camni?
Jelly Bump



Top Boutique Aquarium
Level 4 
Arowana ke eh?
The Koi
Overall untuk harga RM74 banyak tempat boleh masuk adalah sangat berbaloi. Plan your mood nak naik n snappy kat level 68 tau? Kalau berangin atau cuaca tak bagus, tak boleh nak berjalan kat skywalk. Kang tak memasal terjatuh dari tingkat 68 pulak? Haa... careful ok? Sama la waktu aku p The Peak kat Hong Kong dulu. Cuma tak dapat nak snap time sunset. Nanti la repeat lagi. Try KL Tower pulak ka?


Selain tu, kedai makan pun banyak pilihan. Nak pergi mall lepas KOMTAR pun boleh ke Prangin Mall pulak. Nostalgia betul port sopim ni bagi aku. Sobbbs! 

Sebelum balik, kami makan di Only Mee. Setel bergendang perut tadi. 
Ye! Lapar ni!
Pilih stick kat sini. Then baru bagi kat kaunter order kita


Mee kari ayah





Comments

Post a Comment

Popular Posts