Meritus Pelangi Beach Resort & Spa Langkawi, Kedah

Alohaaaaa!
Plan otak seminit kembali lagi! Cuti banyak bersisa sebab tak jadi fly bulan April, so, habiskan sisa-sisa hidup tahun 2020 ni di dalam negara. Not bad! Even dah banyak kali datang. Setiap tahun aku akan ke Langkawi! Hahahah! 

Kali ni, special edition sempena hari Bapa on 21 June jela... Ayah pun tak ke mana-mana, bawak jalan-jalan menginap di resort. 

Lepas godek-godek Agoda.com selama separuh hari melengung nak tinggal kat mana, on the spot, 4 hari sebelum gerak, aku booked Meritus Pelangi Beach Resort & Spa ni. Spa still tak boleh pergi, same goes to pool dan pantai. Hanya kuis-kuis kaki je dibenarkan. Cis!

Aku booked 2 bilik lake view untuk 3D2N, tapi di kaunter, receptionist upgraded bilik ke pool view. Situasi yang agak bahaya sebab tak boleh mandi! Hanya sekadar usha dari pintu bilik jela... Sedih!



Ni jela option nak berkubang


Jalan ke pool






Bilik kami termasuk sarapan untuk dua orang. Kalau extra, boleh tambah RM15/person. Kalau korang tak larat berjalan, buggy disediakan. Just call 0 untuk buggy service. Dalam bilik, ada iron board dan iron. So, korang yang gila OOTD (macam SF) dan tak boleh tudung keronyot, tak perlu sangsi, okay? Heheheheh!





Ada mini zoo, tapi takleh masuk
Siap ada tempayan untuk basuh kaki


Lake view
Cool and calm
Receptionist


Sarapan di Spice Market



Due Covid-19, kita just order menu and served by them

Cappuccino
Nasi lemak rendang ayam



Kedai serbaneka di Meritus Pelangi

Dan apa yang aku tunggu-tunggu selama ke Langkawi ialah, layan sunset! yeeeyyyy! Bulat mentari turun dari resort! Perut meragam lapar, dah tak heran sangat dah! Hahahah! 



Magnificent view from Pelangi...

Comments

Popular Posts