Sunway Putra Hotel, The Linc KL, The Majapahit Mont Kiara

PKPB kali ni, dah boleh merentas negeri. Cuma extra jaga SOP sebab kes bukan makin menurun! Menaik lagi la! Kita jaga diri sendiri elok-elok la ya? Dalam masa sama, kena jana ekonomi negara juga. (Alasan yang kena pada tempatnya) Hihik!

Plan otak seminit hari Jumaat, on the spot aku nk cari hotel area KL sebab hari Ahad, aku ada plan dengan SF nak ke Ipoh. Memula SNA nak ikut sekali. Sebab idea ni datang daripada dia! Tup-tup, dia tak sihat la pulak. Terpaksa aku ngan SF je pergi. Hotel pun dah book. Musim pulak tak awesome kali ni, sebab hujan sepanjang hari. Unpredictable!




Nak masuk parking Sunway Putra Hotel, memusing sampai ke Level 5! Nak termuntah pulak rasa! Fuhhh! Setel parking, akan ada access lift terus ke lobi di tingkat 9. Swimming pool weekend dibenarkan. Swimming pool di level 11. By the way, hotel ni service friendly. Syok pulak nak lepak lama-lama. Namun apalah dayaku, sebab dah janji met AB nak kirim barang bawak balik kampung.










Check in was smooth, tiada deposit dikenakan. Bilik yang aku pilih under agoda ni, RM143 dan aku guna point agoda, dapat la RM140 untuk bilik deluxe. Superior time ni, RM114. Sengaja nak amik bilik beso sket. berbaloi dengan harga dan aku tak ambil bilik with breakfast. Lain kali boleh repeat lagi sebab tak sempat nak jimba kat Sunway Mall lagi. Hehehe!

Then, aku naik LRT ke Bandaraya dari station PWTC which is sebelah hotel je. Nak tunggu kat SOGO to be exact sebab dah deal with AB tunggu kat situ.



Sampai kat SOGO, AB asked me to wait dekat dengan restoran mamak kat sebelah SOGO depan Starbucks. Then, aku terus ajak ngopi sebab dah pening kepala dari semalam. AB bawak aku ke The Linc KL Jalan Tun Razak. Aku ikut jela... and the place is nice!






Sempat pow AB 2 spesis pokok hidup, then g mengopi jap. Lupa dah apa nama kedai kopi tu. Sebab last order before 5.30pm. Kami sampai exactly time tu. Mocha ice dia sedap. Penat jalan-jalan, aku nak balik bilik sebab nak mandi and bersiap-siap. Malam kang nak dinner pulak. Where to go? Jom try The Mahapahit Mont Kiara!







Dipendekkan cerita, butter chicken tu sedap! Sambal hitam untuk ikan terbang pun mengancam! Landmark, sebelah Hyatt House Mont Kiara. Sebabkan hari hujan, aku takde mood nak keluarkan hp snap macam selalu. Dah letih pun sama gak ni. 

Semoga bermanfaat!

Comments

Popular Posts