Tamu Hotel & Suites Kampung Baharu, Nasi Lemak CT Garden, Kuah Sup Island, Gombak Setia

Chak?

Macam berhabuk je nak masuk hujung tahun ni? Semua sebab kes Covid-19 menaik la pulak! So tak sure akan sambung PKPB atau sebaliknya! Aku doa, tak sambung. Tapi, demi nak jaga diri, kena la sambung kan? Orang lebih arif will know better. Aku as rakyat yang berwibawa, just follow the rules! (Sembang mau patriotik!) Weekkk!

Cut the merepek short, aku menginap kat Tamu Hotel & Suites Kampung Baru and aku nak snap kat Level 40 with the view malam tu. Tapi, macam ada korporat ngah lepak, terus jadi segan. And no camera or video. So, macam terhad jugak la nak snappy. Better not la. Breakfast termasuk dengan harga bilik. Aku dapat bilik kat Level 38. Mak aiii... Gayat nanti ni! Dah tengok peta topologi dari atas ni, nampak la Nasi Lemak City Garden, area Suraya, Nasi Lemak Antarabangsa, Nasi Lemak Wanjo, dah berkira-kira mana aku nak makan untuk dinner hari ni? Heheheh!












Aku setelkan keje aku dulu, then aku dah start menggelupur nak keluar! Cuaca macam ohsem je? Tengahari tadi, AB bawak aku makan kat Restoran Haslam kat Pantai Dalam. Tak sempat nak snap gambar restoran sebab perut dah gigil lapar. Lunch hour, ramai, so tak proper gak nak snap gambar. Heheheh! 

Petang, AB bawak aku makan kat cekodok osem depan Bank Islam, Kedai Makan Kuey Tiaw Kampung Baru.  Kami berjalan kaki je dari Tamu. Berjalan dalam 1 km. Dapat gak bakar kalori.






Malam, aku makan kat Nasi Lemak CT Garden. Hambar pulak takde ramai orang malam ni. Kalau malam minggu, selalu nak parking pun susah!










Esoknya, aku plan nak met up member lama. Then dia plan bawak aku makan kat Gombak Setia. Sebelum tu, sarapan aku di Nasi Lemak Wanjor adalah selepas light breakfast kat Tamu. Rugi la kalau tak guna voucher makan kan? Heheheh!









Tengahari, aku makan ngan member-member lama. Katanya teh ais kat situ, padu! Berdasarkan kepercayaan kat dia yang songeh bab makan, so aku high expectation perihal teh ais sedap giler tu! Hanya orang yang tau teh ais padu sebenar je boleh faham perasaan aku kala itu. Hahahahha!





Semoga bermanfaat!

Comments

Popular Posts