Perkampungan Melayu Seri Banian, Pendang

Pagi ni, kami breakfast di Taman Tun Sardon. Makan serabai, nasi lemak, nasi lemuni. Nak kenalkan local food kat Sharkie dari Sydney ni walaupun dia Melayu! Hahah! Kesempatan dia ada kat Malaysia, let's blend into local ya? Dari Penang, kami gerak ke Pendang! Nak tau apa yang menarik? Yaa... unnamed road to Perkampungan Melayu Seri Banian! Berkali-kali jugak AB nak ensure yang kami memang tak tersilap jalan! Huhuhu! Berkali-kali jugak dia assumed jalan yang kami tuju tak wujud! Kau jangan macam-macam! Hahahah!









Haaa... siap berbaju melayu, rupa pendekar dah abang yang jaga menu tu. Sebelum masuk, kena bayar RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Kami order makanan dulu sebelum memanah. Selain main kuda padi, korang boleh belajar memanah. Budak baju pink tu yang akan ajar. Aku yang tangan lembik ni, memang tak terar laa! Adeeeh! 1 anak panah dikira RM1.

























Setel bab menu? Jom kita layan pemandangan dari sudut beranda ala kampung melayu zaman silam pulak naaa.... Kebetulan waktu kami datang sini, masih belum ramai orang. Hari ni Jumaat, jalan pun tak jem dan smooth ja. Nak masuk ke kawasan ni memang akan tempuh sawah padi dan kawasan pokok getah. Dalam 30 minit kemudian, makanan kami sampai. Sate arnab tu cuma Sharkie and AB yang makan. 








Total makanan kami untuk kali ni, RM127.

Comments

Popular Posts