Kilang Buah Pala Ghee Hup, Balik Pulau, Penang


Setiap kali balik kampung, aku akan pergi Kilang Buah Pala Ghee Hup kat Balik Pulau nuuu... (sebenarnya, ni la alasan nak merayau!) Kikikiki!

Apa yang menarik tentang buah pala? Buah ni banyak khasiat selain dari dibuat jeruk. Balm pun ada jugak. Aku suka beli jus buah pala. Sekali beli 6 botol. Emak nak 2 botol. Harga pun berlainan ikut size botol. Untuk 1.5 Liter, sebotol RM22. 1 liter RM15. Yang botol kecik pun ada. Pastu kalau korang nak try minum pun ada disediakan. Setakat pergi tak beli pun takpe. Bukan kena ikut protokol pun masuk kilang buah pala ni. Masuk ja. 
Hangat weeeii!
Jalan curam. Hati-hati noooo..
Kedai buah pala
Haaa...tuuudia! Kenapa buah pala ni banyak khasiat.
Dari kulit ke biji ada manfaat.


Aku tak buang masa! Nak beli jus je kan? So, lets ambil bakul and shopping! (Teruja macam masuk mall duit ada kepuk-kepuk). ~Sigh~

Ni la dia tujuan utama ke sini.
Ada yang jual dengan kulit and tak. Ikut selera ampa la noo...


Ada uncle tu tanya, ini lebih sedap dari Jeruk Pak Ali ka? Renyih jela.. sebab aku pun taktau!
Elok untuk sakit-sakit
Alamak! Pencahayaan tak kena gaya!
RM18


Aku ada tanya auntie tu, boleh tak kalau beli online ja nanti? Dia kata pernah buat penghantaran ke KL. Tapi, sampai ja customer kata botol semua dah rosak. Jadi, tu la last dia jual by pos. Tak sure la kalau postage tu x letak dalam kotak ka apa. Tak tanya detail sebab ramai orang nak bayar time tu.


Sebelum blah, aku g depan kedai tu, sengaja la nak snap buah pala dari pokok. Nindiaaaaa!

Kasi close up.
Jaga-jaga nak snap tu.

Kulit yang dijemur
Biji buah pala


For more info, u can call directly to this uncle ya? Dia sangat informative. Setiap kali ada pelanggan, atau pelancong, dia dengan ramah akan buat penerangan terperinci.


Semoga bermanfaat! (^_^)Y

Comments

Popular Posts