Tanggal 29 Julai 2018, Lombok diserang gempa bumi berskala richter 6.4 yang menyebabkan seorang rakyat Malaysia, pendaki Gunung Rinjani maut. Kebetulan, kami dah pilih tiket nak ke Lombok 3 Ogos, beberapa hari selepas insiden gempa di sana.
Dalam masa yang sama, aku chat dengan supir yang aku dah booking, Pak Wahyu namanya. Kata Pak Wahyu, Lombok Timur saja terkena tempias. Kami nak ke Lombok Barat, insyaAllah aman.
Aku chat dengan crew AA by online. Depa benarkan kami tukar tiket 14 hari selepas tarikh yang kami jangka terbang tu for free! MF suruh proceed! Even aku tanya dia banyak kali. Betul nak teruskan ni? Then, dia cakap kalau dah ajal, sambil pegang phone pun Allah boleh cabut nyawa! Ok! Kita teruskan!
Aku dah arrange AXA Travel Insurance untuk family, RM66. Booked supir, Pak Wahyu (+62 852-5391-9998) untuk pick up di airport ke Bangsal, Rp300k naik Avanza. Pakej tour 2 hari Rp800k. Semua duit dah siap2 asingkan. Takut terguna.
|
Masa ni, kami sampai jam 4 pagi. Sehari RM46 di dalam kawasan parking KLIA 2. |
|
Tepat jam 6.20 pagi, kami membelah langit ke Lombok! |
Jam 9.50 pagi, kami selamat mendarat di Lombok International Airport. Aku beli simcard. Rp60k untuk 6.5GB. Cukup la untuk 3 hari kami kat sini. Telkomsel kat Gili Trawangan pun line power!
|
Recommended! |
Pak Wahyu said sorry, tak dapat entertain kami hari tu sebab ada acara lain. Dia gantikan dengan Pak Nassir. Agak pemalu orangnya. Kami tak buang masa, terus ke Bangsal. Ikut plan awal nak naik public boat. Tapi, Pak Nassir kata tak selamat! Better naik fast boat. Beza weeeii harga dia... Public boat baru Rp15k/person! Kami charter boat Rp850k return! Bila timbal balik naik public lambat gila nak sampai even dari Bangsal atau Teluk Nare boleh je nampak Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Ayer! Ok, proceed! Kami naik fast boat di Teluk Nare. Tak jadi ke Bangsal.
|
Nggak bisa turunkan lagi harganya paaakk! |
|
Ramai omputeh je time kami kat sini. |
|
Camni la boat kami naik. |
|
Ku sangka air tenang.... |
|
Rupanya gelora di tengah laut! Aiyooo! |
|
Yeeyyyy! Dah sampai! 10 minit dari Teluk Nare ke Gili Trawangan. |
|
Jeti kat sini, horror sket. Beware! |
Perut pun dah lapar. Tak berani makan heavy masa dalam flight. (Padahal bedal kung pao!) Kehkehkeh! Boatman suggested makan kat Le Petit. Kami pun, ikut jela? Sebab dah kebulur.
Kita naik apa?
|
Cowboy town! yeeeyyy! Inilah Cidomo! |
|
Nak ke belah Pandawa, Sunset Beach etc, charge Rp150k sehala. |
|
Jalan tenang. |
Pulau Lombok dikenali sebagai Pulau 1000 Masjid. Memang betul pun! Banyak masjid kat Gili ni. Azan kat A, tak lama kendian kat B. Kebetulan arini Jumaat. Beriman jugak penduduk kat sini eh? Tu monolog sengsorang jela... Islam agama majoriti kat sini. Diikuti Hindu dan Kristian. Nak beza orang Muslim dengan non-Muslim, aku pun tak sure camana.
Naik cidomo dalam 30 minit. Kematu bontot weehhh! Jalan berlekuk kat sini. Nak cari makanan halal, mudah. Depa nak buat Wisata Muslim approved kat pulau ni, even ada beach party kat resort mahal.
Aku nak rehat, nanti kita sambung!
Comments
Post a Comment