Plan otak seminit ni, aku ngan MF plan tetiba ja. Sebab semalam keje.. so arini shud b jenjalan la kan? Duduk rumah pun hangat. Baik beriadah? Gitewww! So, ajak la family lelain untuk join. Taraaaa~ dekat dengan Meru? Kita pergi Kalumpang jom?
Berbekalkan baki ayam golek kenduri ngan nasi kenduri, kami terus angkut masuk kete. Terus ikut LATAR menuju exit Tanjung Malim. X lama kemudian, sampai!
|
Macam tak betul je google maps ni? |
|
Sepanjang jalan ni banyak Training Centre, homestay etc |
Dari jalan besar akan tempuh kawasan perumahan. Jalan pun kecik je. Hati2 la bila berselisih nanti. Kami bernasib baik sebab orang masih tak ramai.
|
Attach dengan private place |
|
Syok berendam time musim panas ni |
|
Border ke private zone |
|
Sapa cepat dia dapat. Monyet kera lutong memang tak didapati waktu kami lepak kat sini |
|
Alert ok? |
|
Parkir dalam dekat kawasan sungai |
|
Best gak skodeng dari tengah kanopi ni |
|
Dalam jam 11, orang dah mula ramai |
|
Belah dalam sket |
|
Banyak ikan kat sini |
Kalau korang nak lebih selesa, boleh pergi kat private zone tu. Lalu je kat kanopi tadi. Per entry RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Tak perlu korang beratur panjang bila nak tukar baju kat bawah tu. 50 sen sekali masuk unisex. Ada 2 bilik persalinan/bilik mandi je. Pastu belah private tu ada prasarana lebih baik. Contohnya surau, ruang mandi/toilet yang lebih banyak dan tempat untuk BBQ.
|
Private zone Chalet Haji Sakri |
|
Harga bilik ikut menginap atau sekadar day trip |
|
Kalau nak sewa ni, dari pagi ke petang, RM75/rumah and entrance fee tetap kena bayar |
|
Belah Chalet Haji Sakri |
Menginap semalamam, sebuah rumah ada 4 bilik. Kosong je RM120/night. Nak sewa portable BBQ set tu RM50. kalau nak sekali dengan tilam king size, RM200/night. Korang boleh telefon no tertera untuk maklumat lanjut. Kalau nasib baik, durian gugur bila musim buah, tu kira rezeki. Kalau nak bawak keluar durian, kena bayar by timbang untuk harga sebiji durian. So, makan la kat tempat kejadian ye?
Dalam jam 2 petang, kami dah berkemas-kemas nak balik. Sebelum tu, kami singgah makan di Yik Mun Tjg Malim Pau. Terasa nak makan.
|
Kami sampai, orang dah ramai |
|
Dah banyak perisa |
|
Kami kena tunggu orang habis makan baru dapat tempat |
Waktu kami sampai, jam 3.15petang orang memang ramai. Maybe hari Ahad dan baru je habis cuti sekolah?
|
Isi 'borang makan" |
|
Jangan tamak ok? |
Nasi ayam last sampai. Waiter bagitau kena tunggu sket sebab nak masak ayam. So, kami pun tak rushing nak ke mana-mana. Tunggu jela. Jom makan pau dulu?
|
Inti kaya |
|
Inti kari ayam |
|
Soya cincau |
|
Time hangat ni.. best! |
|
Mee sup |
|
Hainan Chicken Chop |
|
Nasi ayam Hainan |
Bukan setakat makan kat kedai, korang boleh bungkus frozen pau jugak. Harga berbeza ikut perisa pau. Kaya pun ada jual.
|
Dim sum |
|
Ruang tepi kedai |
"In the end, kids won't remember that fancy toy or game you bought them, they will remember the time you spent with them."
- Kevin Heath
Comments
Post a Comment